Kronologi Penuh Insiden Rusuhan Penyokong Man Utd Sehingga Membatalkan Derbi Barat Laut

Perlawanan derbi barat laut di antara Manchester United dan Liverpool yang sepatutnya berlangsung pada Ahad di Old Trafford telah ditangguhkan selepas berlaku insiden protes, yang bertukar seperti rusuhan oleh penyokong.

Ribuan penyokong The Red Devils hadir di beberapa lokasi untuk menentang keluarga Glazer yang memiliki Manchester United.

Kebanyakkan daripada mereka sememangnya sudah lama rasa tidak puas hati dengan rejim Glazer yang mengawal United. Jumlah penyokong yang membantah tersebut semakin bertambah selepas cubaan kelab tersebut menyertai European Super League (ESL), sebelum kelab itu menarik diri dua hari selepas pengumuman dilakukan.

Perlawanan sepatutnya berlangsung jam 4:30pm waktu tempatan. Berikut adalah kronologi penuh kejadian dari awal insiden di beberapa lokasi.

Di perkarangan Old Trafford (Sekitar 1pm waktu tempatan)

Protes selama empat jam telah berlaku di perkarangan stadium. Penyokong datang dengan pelbagai sebab. Ada yang berpendapat ini adalah peluang terbaik untuk memaksa Glazer menjual pegangan di dalam kelab tersebut sejak 16 tahun yang lalu.

Ada juga di kalangan mereka yang hadir membawa sepanduk 50+1, merujuk kepada peraturan pemilikan digunapakai di Jerman yang tidak membenarkan pemilikan majoriti indiidu atau konsortium asing.

Laporan dari The Athletic yang sempat menemuramah beberapa penyokong berkata mereka mengharapkan model pemilikan baharu kelab dilakukan pada masa hadapan.

Rata-rata penyokong memberikan sokongan kepada Ole Gunnar Solksjaer sebagai pengurus, dan turut menyokong perletakan jawatan Ed Woodward baru-baru ini.

Namun demikian mereka agak skeptikal dengan dakwaan Woodward meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan penyertaan United di ESl.

Selepas memberi penghormatan kepada patung “The Trinity” sekitar 1pm (waktu tempatan), peserta protes bergerak ke arah Sir Bobby Charlton Stand sebelum ke Terowong Munich di mana bas yang kebiasaannya membawa pemain akan tiba.

Untuk tempoh sejam, peserta protes melaungkan nyanyian/chant anti Glazer, selain memuji Solksjaer dan beberapa pemain Manchester United yang lain seperti Edinson Cavani, Bruno Fernandes, dan Scott McTominay.

Kejadian di dalam Old Trafford (Sekitar 2pm waktu tempatan)

Selepas 2pm, dua bunyi letupan kuat dipercayai mercun kedengaran. Sumber melaporkan ia adalah isyarat untuk peserta protes merempuh masuk penghadang sementara dalam usaha melepas kawalan keselamatan oleh marshal stadium yang bertugas.

Sekumpulan peserta protes berjaya masuk ke stadium melalui salah satu pintu masuk bersebelahan Terowong Munich.  Sehingga kini tidak berapa jelas bagaimana ianya boleh berlaku.

Untuk mengelak kejadian lebih buruk, Old Trafford diletakkan di dalam keadaan lockdown sepenuhnya. Jelas kedengaran suara dari radio pihak keselamatan untuk meleraikan keadaan huru hara. Pintu pagar di mana kakitangan dan media masuk terpaksa dikunci. Malah pengadil perlawanan Michael Oliver yang tiba kemudian terpaksa masuk melalui laluan alternatif.

Sekumpulan peserta protes lain juga berjaya meloloskan diri ke kawasan padang melalui pintu keluar tempat duduk penyokong kurang upaya. Rakaman gambar menunjukkan pintu kaca di kawasan tersebut dipecahkan untuk membenarkan pencerobohan.

Apabila sudah berjaya ke padang, peserta protes mula menyalakan suar, memanjat palang gol dan tiang bendera di setiap penjuru turut dicabut.

Suar turut dibaling ke arah studion milik Sky Sports di mana bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher sedang melihat apa yang berlaku. Salah seorang penyokong turut dilaporkan mencabut pendiri kamera dari kawasan penyiaran yang berada di kawasan padang.

Beberapa biji bola yang disusun di setiap sudut padang untuk digunakan untuk perlawanan telah dicuri oleh peserta protes. Ini sahaja sucah cukup untuk memberi indikasi Old Trafford tidak bersedia untuk meneruskan perlawanan.

Seorang penyokong sempat menjaringkan gol bicycle kick di hadapan Stretford End sebelum semua mereka mulai dihalau keluar oleh pasukan keselamatan. Tindakan tersebut tidak menghalang peserta protes menceroboh ke arah tempat duduk penyokong yang merupakan kawasan larangan.

Beberapa kumpulan kecil peserta protes yang lain menuju ke terowong pemain, dan tidak kurang 10 daripada mereka menuju ke bilik persalinan pemain, sekaligus menimbulkan kemungkinan SOP C O VID-1 9 telah dilanggar.

Pada 2:20pm tidak kurang 200 peserta protes yag lain merempuh pintu yang digunakan pemain masuk ke stadium walaupun pintu tersebut ditutup dalam usaha mereka keluar dari stadium. Mereka berjalan melintas tempat meletak kereta, dan pegawai keselamatan dilihat mengawal pergerakan mereka.

Sejam kemudian satu lagi kumpulan besar peserta protes tiba, dan Darren Fletcher dan Gary Neville adalah antara yang terperangkap dan terpaksa memerhatikan sahaja tingkah laku peserta.

https://twitter.com/UtdFaithfuls/status/1388909169651167237

Pemeriksaan padang oleh groundsmen mendapati padang rosak, dan keadaan stadium tidak selamat untuk digunakan akibat tindakan vandalisme yang dilakukan oleh peserta protes.

Kejadian di hotem penginapan pasukan (Sekitar 1pm waktu tempatan)

Seperti kebiasaan pemain dan kakitangan akan menginap di Hotel Lowry menjelang setiap perlawanan di Old Trafford. Penyokong kelihatan mulai berkumpul sejak awal tengah hari pada waktu sama protes dilakukan di Old Trafford.

Penyokong berkumpul di tangga di luar hotel, dan memenuhi ruangan di antara bas yang akan membawa pemain dengan pintu masuk. Suar turut dinyalakan, dan segelintir penyokong terlibat dengan insiden secara fizikal dengan pihak polis.

Kejadian itu bermakna pemain-pemain Manchester United tidak boleh menaiki bas yang menunggu mereka. Pada satu ketika pihak polis mengancam perlawanan akan dibatalkan jika peserta protes tidak memberi laluan dan bersurai.

Namun amaran tersebut membuatkan peserta protes semakin menjadi untuk menghalang laluan. Malah sehingga jam 5:40pm pada ketika perlawanan sudah sah ditangguhkan, penyokong yang hadir tetap berdiri di dalam barisan di hadapan polis sambil menyalakan suar warna hijau dan kuning, dan menyanyikan lagu Manchester United.

Skuad Liverpool pula menginap di hotel berlainan di bandar Manchester sambil meunggu. Mereka akhirnya balik ke Liverpool selepas itu.

Apa yang keluarga Glazer akan lakukan?

Ramai yang gembira seakan-akan protes besar-besaran sebegini akan memberikan impak kepada keluarga Glazer. Kemungkinan besar mereka tidak akan bertindak untuk melakukan apa-apa. Apatah lagi melakukannya secara umum.

Keluarga Glazer bukannya tidak sedar akan sentimen negatif penyokong terhadap mereka sejak dari mula mereka tiba di Old Trafford. Insiden dan kejadian di Super League hanya memburukkan keadaan buat mereka.

Insiden protes ini adalah yang terbesar pernah berlaku menentang rejim Glazer. Walaupun ia tampak buruk, hakikatnya ia tidak akan mengubah hak milik Manchester United.

Bukan sahaja keluarga Glazer. Malah pemilik-pemilik dari Amerika Syarikat di Premier League dijangka akan terus kekal sebagai pemilik, dan akan terus mengaut keuntungan dari kelab untuk tahun-tahun mendatang.

Jadi adakah masalah telah selesa? Jawapannya tidak. Malah keadaan tidak berganjak. Sakit hati? Ya. Tetapi itulah realitinya.

Reaksi dari Premier League

Jadual asal yang ditetapkan oleh Premier League ialah untuk perlawanan berlangsung pada 4:30pm. Namun selepas itu ia semakin jelas perlawanan mustahil untuk diteruskan.

Senarai kesebelasan pemain telah dikeluarkan, seperti kebiasaan sejam sebelum sepak mula walaupun pemain kedua-dua pasukan masih berada di hotel masing-masing.

Perlawanan akhirnya sah ditangguhkan pada pukul 5:30pm, tanpa waktu dan tarikh baharu diberi (pada ketika artikel ini ditulis).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kemudian, pihak Premier League berkata:

“Ini adalah keputusan yang dilakukan secara kolektif  oleh pihak polis, kedua-dua kelab, Premier League dan pihak berkuasa tempatan.

“Keselamatan semua pihak di Old Trafford kekal sebagai perkara terpenting. Kami faham dan menghormati perasaan (penyokong) namun tetap membidas setiap perlakuan bersifat kekerasan, kerosakan jenayah, pencerobohan, terutama apabila SOP penyakit berjangkit tidak diendahkan, Penyokong memiliki banyak cara untuk meluahkan pandangan mereka. Namun cara segelintir dari mereka pada hari ini tidak mempunyai sebarang justifikasi.

“Kami bersimpati dengan pihak polis dan petugas stadium yang terpaksa berhadapan dengan keadaan bahaya yang sepatutnya tidak mempunyai tempat di dalam bola sepak.”

Respon bekas pemain

Gary Neville seperti dijangka memberi reaksi amat marah, tetapi memberikan sokongan kepada peserta protes. Beliau berkata: “Anda tidak boleh memaksa seseorang menjual sebuah kelab bola sepak dan keluarga Glazer sebelum ini sudah membuktikan betapa degilnya mereka.

“Tetapi kini masanya sudah tiba, mereka boleh mengambil untung atas kelab ini dengan menjualnya. Namun ada risikonya sekiranya pembeli (pemilik baharu) tidak menjaga kelab ini dengan baik. Buat masa ini saya berpendat kelab ini wajar dijual.

“Kita tidak lupa apa yang mereka lakukan dua minggu lalu yang boleh membahayakan bola sepak Inggeris. Mereka cuba mencari haluan sendiri dan bermain di dalam liga sendiri. Perkara itu akan memberikan masalah kepada semua kelab bola sepak. Perbuatan tidak boleh dimaafkan.

Roy Keane turut memberi perspektif beliau terhadap protes ini: “Jika mereka membuatkan perlawanan ini ditangguh empat sehingga lima jam, maka peserta protes sudah berjaya menyatakan hasrat mereka. Lebih dari tu, kita semua amay sayangkan sukan ini, dan penyokong amat sukakan bola sepak. Mereka juga mahu melihat pasukan mereka menewaskan Liverpool pada hari ini, dan untuk itulah mereka membesar selama ini.

“Bagi mereka degupan jantung untuk bola sepak sentiasa ada di Manchetser, tetapi penyokong kini melihat bola sepak telah dijadikan perkara ketiga atai keempat (oleh pemilik). Di situlah asak segala kekecewaan yang meletus pada hari ini.

 

Baca artikel lain mengenai Manchester United:

Kisah Roy Keane ‘Kecut Perut’ Dan Tolak Lamaran Real Madrid

‘Sila Berambus’ – Perletakan Jawatan Ed Woodward Disambut Meriah Penyokong Manchester United

European Super League: Perangai Tidak Sedar Diri Man Utd, Liverpool, & Arsenal Dibidas

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN