Kpah Sherman & Uche Agba Dipilih Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my Bulan April

Pemain pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kpah Sherman dan pemain pasukan Sarawak United FC, Uche Agba dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Super dan Liga Premier Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my bagi edisi April 2021.

Kpah Sherman menerima undian tertinggi sebanyak 40.01% (15,730 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Hakimi Abdullah dari Terengganu FC (29.83% – 11,460 Undi), Bergson Da Silva dari JDT (13.98% – 5,389 Undi), Ifedayo Olusegun dari Selangor FC (11.82% – 4,537 Undi) dan Casagrande Anselmo Arruda Da Silva dari Penang FC (3.43% – 1,316 Undi)

Ini kemenangan pertama buat Kpah Sherman, sebelum ini beliau hanya tercalon sebagai calon pemain terbaik bulanan liga premier bagi edisi Mei 2018 bersama pasukan MISC-MIFA.

Kredit: PFAM-asiana.my

Kpah amat gembira dengan penerimaan anugerah tersebut dan menyifatkan semuanya tidak akan terjadi tanpa berkat sokongan semua rakan-rakan, pegawai dan penyokong pasukan KDA FC.

“Terima kasih kepada pihak PFAM yang mencalonkan saya dan tidak lupa juga kepada keluarga saya serta penyokong KDA FC yang menterjemahkan sokongan anda kepada undian.”

“Anugerah ini ditujukan kepada anda semua, tanpa sokongan anda hal ini tidak mungkin berlaku.”

Manakala Uche Agba mengungguli undian liga premier dengan menerima undian tertinggi undian tertinggi sebanyak 55.37% (14,609 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Jordan Mintah dari Terengganu FC II (30.03% – 7,922 Undi), Zaquan Adha dari Negeri Sembilan FC (10.26% – 2,708 Undi), Fernando Rodriguez dari JDT II (2.73% – 720 Undi) dan George Attram dari Selangor FC II (1.61% – 452 Undi)

Untuk rekod, ini kemenagan kedua Uche Agba selepas muncul sebagai pemain terbaik liga premier bagi edisi Julai 2019 bersama pasukan PDRM FA.

Bagi Uche, kemenangan ini ditujukan buat mendiang ibunya yang telah meninggal dunia pada April lalu.

“Terima kasih kepada PFAM kerana menganjurkan anugerah ini dan tidak lupa juga kepada para penyokong yang mengundi saya.”

“Kemenangan hari ini mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan yang tidak berbelah bagi dari keluarga, rakan sepasukan, barisan kejurulatihan dan para pegawai pasukan. Semoga tuhan merahmati anda semua”

Pemenang menerima sebuah Trofi sumbangan asiana.my, wang tunai berjumlah RM1,500 (Liga Super) dan RM500 (Liga Premier) dan minuman protein tajaan OPI.

Undian dibuat melalui patuan khas yang disediakan dan para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser). Undian akan dibuka selama sepuluh hari untuk peminat-peminat bolasepak mengundi calon kegemaran mereka.

Anugerah yang dtujukan khas buat para pemain ini kini memasuki tahun keenam selepas ia dimulakan pada 2015. Sehingga kini lebih dari 47 orang pemenang telah dinobatkan dan lebih dari 370 000 undian telah diterima sepanjang penganjuran anugerah ini.

Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Liga Malaysia:

FAM & PFAM Duduk Semeja, Bincang Penyelesaian Isu Bola Sepak Malaysia

Pendirian PFAM Berkenaan Gaji & Kontrak Pemain

Safee Sali: Shukor Adan Tak Perlu Mohon Maaf

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN