‘Koyak’ – Tindakan ‘Samseng’ Menyepak Curtis Jones Bukti Mental Ronaldo Rapuh

Cristiano Ronaldo Curtis Jones

Sebagai seorang bintang bola sepak yang dianggap sebagai idola di seluruh dunia, tindakan Cristiano Ronaldo menyepak bola ketika Curtis Jones sudah terjatuh membuktikan bahawa penyerang Manchester United itu tidak memiliki mental yang cukup kuat.

Dalam pertembungan di antara dua kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak England itu, Ronaldo jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas United ‘dipermainkan’ oleh Liverpool sehingga mudah melepaskan gol.

Ketika kedudukan menjadi 3-0, tahap kesabaran Ronaldo mungkin sudah berada di penghujungnya sehingga bertindak di luar pertimbangan akal manusia yang waras.

Perbuatannya itu sudah tentu berisiko untuk memberi kecederaan serius kepada pemain muda tersebut dan ia mengundang kemarahan pemain-pemain Liverpool yang meluru ke arahnya, namun berjaya dileraikan oleh Bruno Fernandes.

Turut berang adalah Jurgen Klopp yang meluahkan kekecewaannya kepada pegawai perlawanan keempat di tepi padang dan menganggap tindakan Ronaldo itu sebagai tidak profesional.

Ronaldo mungkin bernasib baik selepas pengadil perlawanan Anthony Taylor sekadar memberinya kad kuning meskipun ada yang berpendapat beliau sepatutnya dilayangkan kad merah.

Tidak lama selepas itu, United terus dirundung malang apabila Mohamed Salah menjadikan kedudukan 4-0 sebelum waktu rehat dan melengkapkan hatriknya pada awal separuh masa kedua.

Bukanlah kali pertama seorang pemain profesional hilang pertimbangan ketika beraksi. Pemain ternama dunia lain juga tidak terlepas untuk melakukan perkara sedemikian. Tetapi mereka harus ingat bahawa jutaan mata termasuk kanak-kanak sedang perhatikan setiap tindak-tanduk mereka di atas padang.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply