Kovacic Mahu Semua Pihak Hormati Keputusan Yang Bakal Diambil Eden Hazard

Kovacic

Pemain tengah Chelsea, Mateo Kovacic memberitahu media bahawa dia tidak mahu bercakap mengenai ‘privacy’ Eden Hazad sehingga pemain itu sendiri tampil menjelaskan perkembangan terkini.

Apabila wartawan cuba menanyakan status rakan sepasukannya itu, pemain Croatia tersebut berkata – ruang peribadi Hazard perlu dihormati oleh semua pihak dan berharap tiada sesiapa yang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggangu emosi bintang sensasi The Blues itu pada ketika ini.

LONDON, ENGLAND – MAY 09: Eden Hazard of Chelsea celebrates after scoring the winning penalty in the shoot out during the UEFA Europa League Semi Final Second Leg match between Chelsea and Eintracht Frankfurt at Stamford Bridge on May 09, 2019 in London, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

“Eden [Hazard] adalah lelaki yang hebat, pemain yang luar biasa. Dia adalah watak penting bagi setiap kelab yang diwakili.”

“Untuk Chelsea, dia adalah pemain yang paling penting, tetapi semua pihak perlu menghormati setiap keputusan yang dibuat olehnya,” kata Kovacic kepada Sky Sport.

Hazard dilaporkan semakin hampir ke Real Madrid selepas kelab Sepanyol itu telah membuat tawaran sehingga 100 juta euro (RM467.28) untuk mendapatkannya.

Bagaimanapun, pihak Chelsea masih enggan menerima tawaran tersebut dan meminta Real Madrid membayar sebanyak 130 juta euro (RM607.47 juta) untuk Hazard.

Keputusan Hazard

Setakat ini, Hazard masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai masa depannya.

Chelsea’s Eden Hazard (left) and Chelsea’s Mateo Kovacic celebrate after the final whistle Chelsea v Arsenal – Premier League – Stamford Bridge 18-08-2018 . (Photo by John Walton/EMPICS/PA Images via Getty Images)

Secara peribadi, Kovacic menyerahkan seluruh keputusan kepada rakannya itu untuk menentukan sama ada dia mahu kekal berkhidmat di Stamford Bridge atau sebaliknya.

“Sekarang, semuanya tergantung pada keputusan Hazard. Dia telah menjalani tahun-tahun yang luar biasa di Chelsea.”

“Tahun ini juga hebat, mari kita lihat apa yang akan dia lakukan selepas ini,” kata Kovacic.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply