Niko Kovac Mahu Brazil Hadkan Pengunaan Coutinho

Philippe Coutinho

Pengurus Bayern Munich, Niko Kovac telah memberi isyarat kepada jurulatih Brazil iaitu Tite untuk tidak menggunakan Philippe Coutinho dengan begitu ekstrem ketika tugasan antarabangsa.

Kovac tidak mahu Coutinho digunakan dengan begitu kerap oleh Brazil kerana tidak mahu pemain itu mengalami keletihan ketika beraksi buat negaranya.

“Beliau boleh bermain dengan pasukan Brazil tetapi tidak perlu beraksi 90 minit untuk semua perlawanan antarabangsa. Dalam tugasan antarabangsa yang terakhir, beliau telah bermain selama 85 minit bagi kedua-dua perlawanan.”

Hal ini kerana, Kovac berasa bimbang dengan keletihan yang dialami oleh Coutinho kerana perlu beraksi secara penuh buat negaranya selain daripada perlu menempuh perjalanan jauh untuk pulang ke Brazil.

“Kami akan berbincang dengan pengurusan pasukan Brazil mengenai hal ini. Memang benar pemain suka untuk bermain untuk negara tetapi janganlah semua perlawanan.”

Rentetan situasi itu, Kovac menyedari semua ini terjadi kerana bisa Coutinho itu sering ditagih oleh mana-mana pasukan yang memiliki beliau.

“Beliau sentiasa diharapakan dapat memberikan keajaiban setiap kali beraksi. Ramai orang tidak menyedari pengorbanan yang dilakukan Coutinho.”

“Ramai orang tidak sedar betapa keras usaha beliau setiap kali perlawanan, berapa kilometer Coutinho berlari dalam padang dan bagaimana beliau melakukan kerja bertahan untuk pasukan.”

Kovac mengakui Coutinho ketika ini tidak bernasib baik ketika ini tetapi beliau berpuas hati dengan pemain pinjaman dari Barcelona itu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram