Korea Utara Sah Tarik Diri Kelayakan Piala Dunia 2022, Malaysia Antara Yang Paling Terkesan

Korea Utara sah menarik diri dari pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Perkara itu diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melalui satu kenyataan pada hari ini.

Keputusan tersebut bukanlah perkara mengejurkan selepas Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA) sebelum ini telah menghantar surat rasmi kepada AFC) untuk menarik diri daripada saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 sejak awal Mei lalu.

Jurucakap PRKFA, Lee Jae-chul sebelumini menjelaskan Korea Utara keputusan tersebut dilakukan kerana bimbang para pemain serta pegawai pasukan dijangkiti wabak COVID-19.

AFC bagaimanapun dipercayai telah melakukan rundingan dengan pihak Korea Utara selain memberi jaminan keselematan kepada pemain dan pegawai daripada negara republik itu, namun tetap gagal berbuat demikian.

Keputusan Korea Utara menarik diri sudah pasti akan memberi kesan kepada semua pasukan bertanding termasuk Malaysia. Ia secara tidak langsung akan menjejaskan kedudukan pasukan dalam kumpulan dan menjejaskan peluang untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 serta Piala Asia 2023 secara merit.

Penarikan diri Korea Utara ini bermakna keputusan perlawanan menentang pasukan tercorot dalam semua kumpulan tidak akan dikira.

Bagi saingan dari Kumpulan G, ini juga bermakna dua kemenangan Malaysia ke atas Indonesia tidak lagi dikira. Malaysia bagaimanapun masih berpeluang mencuri slot automatik ke Piala Asia 2023 dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 melalui kedudukan tempat kedua terbaik.

Berdasarkan kedudukan sekarang skuad kendalian Tan Cheng Hoe tidak mempunyai pilihan lain, selain daripada mengutip tiga mata dalam perlawanan menentang UAE, Vietnam dan Thailand untuk merebut slot automatik ke Piala Asia 2023.

Ia pasti tugas sukar untuk menang tiga perlawanan, apabila semua perlawanan akan diadakan secara berpusat di UAE.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Harimau Malaya:

Selepas 5 Tahun, Ini Peluang Junior Eldstal Raih Kaps Ke-10 Bersama Harimau Malaya

Sam Somerville Ikrar Mahu ‘Sedut’ Segalanya Bersama Skuad Harimau Malaya

Isu Pemilihan Pemain, Kenapa Perlu Pertikai Tan Cheng Hoe Pilih Akhyar?

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply