Mengenang Kisah Korea Utara ‘Menjuarai’ Piala Dunia 2014, Belasah Brazil 8-1

Sejak akhir-akhir ini, negara bernama Korea Utara sering menjadi tajuk hangat dalam berita di negara kita.

Mereka menjadi tumpuan nasional selepas terlibat kes pembunuhan ahli keluarga pemimpin agung mereka di Malaysia serta penangguhan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 diantara Korea Utara dan Malaysia.

Oleh kerana tumpuan terhadap Korea Utara ketika ini yang cukup kuat, kami mengambil peluang ini dengan menyiarkan semula saat-saat di mana mereka menjadi ‘juara’ Piala Dunia 2014.

Belasah semua musuh politik

Kebebasan bersuara di Korea Utara sangat terhad. Segala infomasi terutamanya dari media disekat dan dikawal oleh kerajaan.

Mereka hanya dibenarkan untuk bercerita mengenai perkara positif mengenai kerajaan yang diketuai oleh Kim Jong-Un.

Dalam Piala Dunia 2014 yang menyaksikan Jerman menjadi juara sebenar, media Korea Utara telah menceritakan kepada rakyat mereka yang sebenarnya mereka menjadi juara!

Perjalanan mereka menjadi ‘juara’ bermula apabila beliau menewaskan kesemua pasukan di peringkat kumpulan.

Lebih menarik, pasukan-pasukan yang berada dalam kumpulan yang sama dengan Korea Utara terdiri dari musuh-musuh politik mereka!

Dalam kumpulan itu, Korea Utara bersama-sama Amerika Syarikat, Jepun dan rakan baik mereka iaitu China.

Dan keputusan, mereka membelasah setiap pasukan yang ada terutamanya musuh politik mereka – Amerika Syarikat dan Jepun.

Korea Utara membelasah Jepun 7-0 serta Amerika Syarikat 4-0!

Cuma dengan kawan baik mereka iaitu China sahaja mereka tidak belasah, hanya menang 2-0 sahaja.

Vietnam main Piala Dunia

Di peringkat 16 pasukan terakhir, perjalanan Korea Utara untuk menjadi ‘juara’ dunia diteruskan. Kali ini, Portugal menjadi mangsa.

Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo dibelasah teruk 7-0 oleh Korea Utara sekaligus membalas dendam kekalahan mereka di tangan lawan yang sama ketika Piala Dunia 1966.

Apa yang menarik dalam propaganda media Korea Utara ini adalah Vietnam juga bermain di Piala Dunia.

Lebih menarik, Vietnam mara ke sukur akhir menewaskan England. Berapa jaringannya? 4-1!

Di suku akhir, Korea Utara berjaya menumbangkan Jerman. Namun mereka hanya menang tipis 2-1.

Jiran & juara dunia

Di separuh akhir, Korea Utara bertemu dengan jiran mereka iaitu Korea Selatan.

Ternyata dalan perlawanan ini juga media Korea Utara memberikan propaganda apabila si Utara berjaya menewaskan si Selatan dengan jaringan menyakinkan 3-0!

Kini tiba di perlawanan akhir, halangan terakhir Korea Utara untuk menjadi ‘juara’ dunia adalah dengan menentang Brazil juara dunia 5 kali.

Pastinya sukar untuk pasukan mereka kerana berhadapan dengan pasukan yang diketuai oleh Neymar dan Thiago Silva.

Namun jangkaan itu meleset apabila mereka dengan mudah menewaskan Brazil dengan jaringan besar 8-1!

Sambutan besar-besaran telah dicipta untuk menyambut kepulangan wira-wira mereka di tanah air dan pastinya Kim Jong-Un berbangga.

Begitulah cara propaganda media Korea Utara berikan kepada rakyat mereka mengenai pasukan bola sepak mereka.

Anda boleh tengok video propaganda tersebut dengan tonton video kami sediakan di bawah ini:

EDIT: Setelah meneliti beberapa sumber yang diberi oleh pembaca yang menafikan kesahihan cerita ini, kami mengesahkan sumber yang kami ambil untuk berita ini boleh dikompromisi.

Kami memohon maaf atas segala kesilapan.

Baca juga: Michael Carrick, Maestro Tidak Didendang The Red Devils

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN