Koperasi Anak Kedah Tawarkan Diri Untuk Memiliki Helang Merah 2021

Shamsul Qamar Kedah FC Koperasi Anak Kedah

Angin perubahan di Kedah mula bertiup kuat. Bermula dengan khabar minat Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, kini Koperasi Anak Kedah juga mula tampil ke depan.

Satu perjumpaan antara Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bersama wakil-wakil Koperasi Anak Kedah telah berlangsung pada 9 Ogos lalu mengenai hasrat untuk menjadi rakan kongsi dalam pengurusan bola sepak negeri Kedah pada 2021.

Respon positif Presiden KFA

Menurut satu posting di Facebook daripada salah seorang wakil koperasi tersebut, Shamsul Qamar, cadangan tersebut telah disampaikan pada perjumpaan tersebut dan ia telah menerima maklumbalas yang positif daripada Muhammad Sanusi Md Nor.

Sanusi yang juga merupakan Menteri Besar Kedah juga dalam satu sidang media lain mengakui mengenai perjumpaan tersebut dan sangat positif mengenainya.

Menurut Shamsul Qamar, Koperasi Anak Kedah telah ditubuhkan pada 2013 dan menghimpunkan anak jati Kedah yang sudah tentunya sayangkan pasukan bola sepak mereka. “[Ini] Untuk menjadikan bola sepak sebagai aset bukan liabiliti,” tegasnya.

“Respon yang amat positif dari YAB Menteri Besar terhadap cadangan koperasi ini dilihat memberi sinar baharu kepada halatuju bola sepak Kedah. Kedah mempunyai jumlah penyokong antara teramai dan terbaik di Malaysia,” tambahnya lagi.

Bukan pelaburan tapi peleburan

“Sebagai anak Kedah, amat menyedihkan bila pasukan kesayangan kita dirundung masalah tunggakan gaji pemain mencecah lebih RM10.6 juta. Ia memberi kesan lebih besar iaitu perlesenan liga pada tahun 2021,” menurut kenyataan itu lagi.

Shamsul Qamar yang juga merupakan seorang peguam itu turut berkata yang jika isu tunggakan gaji ini tidak diselesaikan sebelum 31 Ogos 2021, Helang Merah boleh terjerumus ke liga terbawah sistem bola sepak Malaysia iaitu Piala FAM.

Beliau turut mengulas mengenai syarikat-syarikat swasta yang mungkin sukar untuk mengeluarkan tajaan dan pelaburan pasca pandemik COVID-19 ketika ini. “Wang yang keluar [oleh penaja] dianggap sebagai ‘peleburan-peleburan’ sahaja,” ujarnya.

Menurutnya lagi dalam kenyataan mewakili pihak koperasi, “Di Malaysia, struktur koperasi amat sesuai digunakan bagi mencapai tujuan tersebut. Ahli-ahli menyumbang dana dan kepakaran ke arah pembangunan industri bola sepak secara keseluruhan.”

Satu tawaran yang baik

“Kelmarin dulu saya ada berunding dengan satu koperasi [untuk bersama kita]. Setiap pasukan bolasepak Liga Super perlu menubuhkan syarikat sendirian berhad dipanggil Football Club [FC], kita terima banyak cadangan untuk memiliki kelab.

“Dan koperasi ini, Koperasi Anak Kedah telah mengemukakan satu tawaran yang pada pandangan saya, satu tawaran yang baik untuk mengendalikan sebuah kelab bola sepak melalui pemilikan bersama sebuah koperasi,” jelas lanjut Sanusi.

Di Eropah ketika ini sedang ada perbincangan mengenai perkara yang sama. Menurut laporan The Gurdian, pemilikan oleh penyokong menjamin kestabilan sesebuah kelab bola sepak berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini.

“Sebilangan kelab sedang melalui masalah kewangan yang parah dan jika perkara ini berlanjutan sehingga musim hadapan, kita akan menyaksikan sejumlah besar kelab terkubur,” komen pengarah Onward, Will Tanner mengenai cadangan itu.

Penutup

Antara kelab-kelab di luar negara yang menggunakan kaedah sebegini, penyokong menjadi pemilik bersama kelab adalah Portsmouth, kelab-kelab di Brazil seperti Botafogo dan Corinthians serta banyak lagi termasuklah Bayern Munich di Bundesliga.

Adakah pemilikan oleh koperasi boleh membantu pasukan-pasukan di Liga Malaysia? Ini mungkin adalah yang pertama kali pihak koperasi menunjukkan minat.

KREDIT FEATURED IMAGE: FACEBOOK SHAMSUL QAMAR

Baca lagi artikel mengenai Kedah FA:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN