Kontroversi Gol Cristiano Ronaldo Menentang Serbia, Kenapa Tidak Guna VAR?

Kebiasaannya VAR sentiasa menjadi rungutan kerana membatalkan jaringan pasukan atas sebab kurang munasabah. Anda pasti pernah melihat bagaimana VAR membatalkan jaringan akibat kedudukan offiside yang disebabkan oleh kedudukan anggota badan terlebih beberapa milimeter sahaja.

Macam-macam rungutan kita dengar. Antaranya VAR telah membunuh keseronokan bola sepak, VAR telah merompak drama bola sepak, dan pelbagai lagi. Hakikatnya golongan yang merungut kerana VAR hanya berbuat demikian apabila diri menjadi mangsa. Jika VAR memihak kepada mereka, sudah pasti mereka akan memilih berdiam diri.

Di sebalik segala tanggapan negatif terhadap VAR, perlawanan kelayakka Piala Dunia membabitkan Portugal dan Serbia pada awal pagi tadi diselebungi kontroversi kerana tiada VAR.

Gol kemenangan minit akhir Portugal dari  Cristiano Ronaldo telah dikatakan dirompak oleh pengadil selepas tidak mengesahkan jaringan tersebut.

Pada pandangan mata kasar dan berdasarkan kepada gambar yang dikongsi oleh warga maya jelas bola telah melepasi garisan gol namun tidak berikan kepada Portugal.

Kerana peluang itu tidak dikira, maka Portugal sekadar seri 2-2 apabila bertandang ke Stadion Rajko Mitic, Serbia dalam kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di saingan kumpulan A.

Insiden tersebut menyebabkan Ronaldo melepaskan rasa kecewa dengan bertindak keluar padang sambil membaling lilitan kaptennya.

Mengapa VAR tidak digunakan di kelayakan Piala Dunia?

Jawapannya mudah. Ini kerana tidak semua stadium yang terlibat di dalam penganjuran pusingan kelayakan Piala Dunia dilengkapi dengan teknologi VAR.

Walaupun sebahagian daripada stadium memiliki fasiliti tersebut, ia tetap tidak digunakan agar adil untuk perlawanan-perlawnaan lain. Disebabkan hal itu, penganjur memutuskan agar VAR tidak payaj digunakan di semua perlawanan peringkat kelayakan.

Kecewa denagn apa yang berlaku, Ketua Jurulatih Portugal, Fernando Santos menuntut VAR digunakan di pusingan kelayakan.

“Pengadil tampil memohon maaf dan saya menghormati beliau, tetapi ia tidak semudah itu. Dalam pertandingan seperti ini, [mustahil] tanpa VAR atau teknologi garisan,”ujar Santos kepada media.

“Bola sudah berada separuh meter melintasi garisan gol. Tidak ada halangan di antara penjaga gol dan garisan. Ia sangat jelas.”

Kekecewaan Sepanyol ketiadaan VAR vs Greece

Insiden membabitkan perlawanan Portugal menentang Serbia buka satu-satunya perlawanan yang dipalit isu ketiadaan VAR di pusingan kelayakan Piala Dunia kali ini.

Sepanyol turut meluahkan kekecewaan ketiadaan teknologi tersebut ketika mencatat keputusan seri menentang Greece di Granada.

Dalam perlawanan itu, Greece diberikan sepakan penalti kontroversi dan membenarkan mereka memperolehi satu mata.

Pemain pertahanan Sepanyol, Inigo Martinez tidak menyembunyikan kekecewaan beliau selepas perlawanan.

“Sangat jelas, saya amat marah,” ujar beliau.

“Momen seperti inilah yang akan mengundang padah. Kami tidak gembira dengan keputusan seri ini dan jika ada VAR ia mungkin berakhir dengan berbeza.”

Penutup

Nampaknya ada VAR atau tanpa VAR, kontroversi mengenai keputusan tetap akan ada di dalam bola sepak. Negara-negara yang lebih kecil masih bergelut untuk memasang teknologi tersebut di stadium masing-masing bermakna semua pihak perlu menerima ketiadaan VAR di pusingan kelayakkan – untuk Piala Dunia 2022.

Sekurang-kurangnya kita tahu VAR tidak akan membenarkan insiden seperti gol dibatalkan dalam pertemuan Portugal vs Serbia daripada berlaku.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah:

Kenali Liverpool FC, Kelab Montevideo Yang Tamatkan Penantian 113 Tahun Kejuaraan

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply