Komuniti Sabak Bernam Teruja Dengan Perancangan Selangor United

Sabak Bernam

Majoriti komuniti Sabak Bernam berasa teruja dan bersedia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Selangor United yang kembali merancang beraksi semula di Stadium Sungai Besar pada saingan Liga Premier 2020.

Rata-rata penduduk yang ditemui menyifatkan langkah diambil Selangor United sangat tepat sambil sifatkan pasukan itu sentiasa dekat di hati warga Sabak Bernam kerana pernah memberikan sokongan pada saingan Piala FAM.

Salah seorang penduduk, Mohd. Noraidif Miswan, 37, menganggap kawasan Sungai Besar dan Sabak Bernam secara keseluruhan pasti akan lebih ‘bernyawa’ jika Selangor United bakal bermain pada waktu malam, musim depan.

Mohd Noraidif Miswan

Malah, dia jujur akui sedikit kecewa di sebalik keputusan Selangor United memilih untuk bermain di Stadium Selayang pada musim ini yang menyebabkan sukar untuk buat mereka hadir ke sana memberikan sokongan.

“ Ketika Selangor United di Selayang, saya rasa macam pasukan ini dah tiada kerana sejak dahulu kami beri saksikan aksi mereka di Sungai Besar.

“ Bila mereka kembali di sini, sekarang baharu kami rasakan pasukan ini macam dah wujud balik kerana Selangor United begitu sinonim dengan Sabak Bernam.

“ Tambahan bermain di waktu malam, saya jangka suasana pasti meriah mengambil contoh seperti Kelantan dan Terengganu yang tidak ada banyak kemudahan hiburan dan kehadiran Selangor United tepat pada masanya, ” katanya.

Pada 14 Ogos lalu, Selangor United bersama Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) serta Malaysian Football League (MFL) telah melakukan pemeriksaan di Stadium Sungai Besar dan peluang untuk melihat pasukan itu bermain di Sungai Besar pada liga Premier dijangka cerah.

Kelompok warga emas juga tidak ketinggalan menzahirkan sokongan sambil menyifatkan mereka sentiasa di belakang pasukan termasuk ketika bersaing di Piala Emas-emas Raja.

Antaranya anak jati Parit 5, Sungai Besar Ismail Ramli, 60, yang mahu Selangor United menjadi pemangkin motivasi kepada anak-anak muda di situ meminati sukan bola sepak.

Ismail Ramli

“ Dahulu dalam hujan pun saya sanggup turun dengan anak menonton aksi Selangor United pada Piala Emas-emas Raja kerana tiada apa-apa aktiviti di sini dan kalau mereka bermain di Liga Premier, saya memang akan turun bantu beri sokongan.

“ Apa yang penting, selain memeriahkan suasana di sini, saya harap budak-budak muda juga akan ada rasa minat untuk ceburi sukan bola sepak, ” katanya.

Seorang lagi penduduk yang merupakan penyokong tegar Selangor United, Ahmad Johari, 61, pula semakin tidak sabar menanti musim depan sebaik mengetahui keputusan pengurusan pasukan.

Ahmad Johari

“ Sejak tiada lagi Selangor United di Sungai Besar, memang sunyi sikitlah rasa dan dulu masa di Piala FAM, suasana begitu meriah.

“ Saya sendiri tidak pernah lepas saksikan aksi Selangor United ketika bermain Piala FAM dan jika Selangor United kembali ke sini, saya akan sentiasa menyokong pasukan dalam tiap perlawanan,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN