Lahm Nafi Bundesliga Terlalu Senang, Dakwa Pasukan Lain Yang Tak Konsisten

Bundesliga merupakan antara salah satu daripada 5 liga utama di Eropah malah di dunia.

Mereka sering menghasilkan para pemain muda yang berpotensi tinggi yang kemudiannya berjaya menarik minat kelab-kelab utama lain sama ada di Bundesliga sendiri malah di liga utama Eropah yang lain.

Namun ada satu perkara yang sering menjadi gelak tawa peminat bola sepak mengenai Bundesliga – dominasi Bayern Munich.

Untuk bertahun-tahun, Bayern Munich telah mendominasi liga sehingga Bundesliga digelar seabgai liga yang membosankan.

Hal itu telah menarik kapten Bayern Munich, Philipp Lahm untuk berbicara mengenai tahap kompetitif Bundesliga.

Tak capai prestasi

Bagi Lahm, beliau merasakan ada beberapa sebab mengap Bundesliga seolah-olah tidak kompetitif untuk beberapa musim kebelakangan ini.

Beliau juga menolak alasan Bayern Munich mempunyai bajet yang lebih besar sebagai punca tunggal mengapa mereka mampu mendominasi Bundesliga dengan baik.

“Benar kami ada bajet yang lebih besar berbanding pasukan-pasukan lain. Namun itu bukanlah satu-satunya alasannya.”

“Kalau nak ikutkan bajet yang kami ada sama sahaja ketika kami tamatkan liga ditangga ke-2 dan ke-4.”

Lahm kemudiannya mengatakan kurangnya cabaran daripada pencabar-pencabar liga yang lain kerana tidak konsisten.

“Saya boleh cakap cabaran dari pasukan-pasukan lain tak ada sangat. Pasukan seperti Schalke 04 dan Wolfsburg tidak konsisten musim ini.”

Walaupun pasukan-pasukan selain Bayern Munich tidak beraksi dengan konsisten, beliau menafikan yang pasukan-pasukan tersebut tidak mempunyai kualiti yang tinggi.

“Kita lihat Borrusia Dortmund, mereka adalah pasukan yang mempunyai pemain yang amat berbakat.”

“Kualiti yang ada dalam Borrusia Dortmund mampu memberikan cabaran hebat untuk gelaran liga. Jadi saya boleh kata Bundesliga ini sebenarnya liga yang berkualiti tinggi.”

Schalke 04 dan Borrusia Dortmund dikatakan tidak konsisten dalam saingan Bundesliga.

Dari segi hiburan dan juga keseronokan dalam mencari siapakah juara liga, Bundesliga mungkin tidak seseronok Premier League di England.

Tetapi menurut statistik yang dikeluarkan EastBridge, Bundesliga merupakan liga yang cukup kompetitif dari segi permainan menyerang.

Jadi, adakah Bundesliga satu liga yang menghiburkan buat anda?

Baca juga: Statistik Menunjukkan Bundesliga Liga Paling Berintesiti Tinggi Di Eropah Berbanding Liga Lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram