Komen Ralf Rangnick Tentang Manchester United Pada Tahun 2019 Lalu

Dengan Ralf Rangnick dijangka bakal menjadi pengurus interim Manchester United selepas ini, para peminat mula mengkaji apa yang pernah beliau katakan tentang Red Devils pada tahun 2019 yang lalu.

Beliau pada ketika itu telah ditemu bual oleh The Times, dengan Rangnick bercakap tentang keadaan Manchester United selepas ketiadaan Sir Alex Ferguson.

Beliau turut menjelaskan tentang apa kesilapan yang dilakukan oleh Manchester United dalam pasaran pemain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ralf Rangnick pada ketika itu menyatakan bahawa:

“Sejak ketiadaan Sir Alex Ferguson, mereka tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka. Mereka tidak memenangi gelaran liga sejak dia tiada. Di mana-mana kelab, jika kamu tidak boleh dapatkan pemain yang betul, maka lebih baik untuk kamu tidak tandatangani pemain yang salah.”

Rangnick juga merupakan individu yang dikaitkan untuk dilantik sebagai pengurus interim Manchester United ketika era selepas Jose Mourinho dipecat pada tahun 2019 yang lalu.

Ketika beliau ditanya tentang hal tersebut, Rangnick menjawab:

“Maka kamu perlu dapatkan jurulatih terbaik untuk kembangkan lagi pemain-pemain ini. Terlalu banyak ruang untuk perbaiki visi #mufc, tapi saya sangat gembira untuk ada di mana saya berada sekarang.”

Rangnick juga sebelum ini pernah ditawarkan untuk menjadi pengurus interim Chelsea selepas pihak kelab memecat Frank Lampard sebelum ini.

Beliau menolak tawaran itu dengan menyatakan bahawa:

“Saya bukan pengurus interim. Kepada media dan pemain kamu akan jadi pengurus selama tempoh empat bulan.”

Situasi ketika ini sepertinya berbeza dengan apa yang berlaku ketika bersama Chelsea sebelum ini, dengan beliau kini sanggup menerima tawaran sebagai pengurus interim.

Rangnick bersetuju untuk menjadi pengurus interim selama enam bulan sehingga akhir musim ini, dengan beliau meletakkan syarat untuk United melantiknya sebagai penasihat kelab selama dua tahun selepas selesai tugas sebagai pengurus interim.

Rangnick turut dikenali sebagai ‘The Godfather of Gegenpressing, dengan Jurgen Klopp sendiri turut mengakui bahawa Rangnick pengurus terhebat pernah beliau lihat dalam sejarah bola sepak Jerman.

Jurgen Klopp sendiri turut mengakui yang beliau menginspirasikan falsafah bola sepak Rangnick dan mengamalkan prinsip bekas pengurus Red Bull Salzburg itu dalam sistem kendalianya.

Corak permainan yang Jurgen Klopp amalkan pada ketika ini jelas sekali sangat menghiburkan dan diakui beliau antara pengurus terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Rangnick tidak akan turun mengendalikan United ketika aksi bertemu Chelsea dalam saingan Premier League minggu ini.

Proses pengurusan dokumen sedang dilakukan pada ketika ini, dan ia jelas sekali akan mengambil masa yang lebih lama, maka tidak mungkin sempat untuk melihat beliau mengendalikan United untuk aksi pada minggu ini.

Seandainya semua urusan berjaya diselesaikan, paling awal untuk Ralf Rangnick mengendalikan Manchester United adalah ketika aksi bertemu Arsenal di Old Trafford nanti.

Kali terakhir Rangnick berada di Old Trafford adalah ketika beliau masih mengurus Schalke pada musim 2010/11 dalam aksi saingan UEFA Champions League.

Skuad kendalian Ralf Rangnick pada ketika itu tewas 6-1 secara aggregate di tangan Manchester United yang ketika itu masih dikendalikan oleh Sir Alex Ferguson.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN