Koleksi Gambar Rare Pengurus Kelab Premier League Masa Muda

Dalam artikel ini, kami kongsikan 18 gambar rare pengurus bola sepak Eropah di zaman mereka masih menjadi pemain.

Pernahkan anda terfikir bagaimana agaknya rupa pengurus-pengurus bola sepak tersohor di pentas Eropah pada zaman mereka masih bermain bola sepak?

Dengan zaman rambut panjang, seluar pendek sendat dan bentuk badan yang mungkin sudah berbeza pada hari ini, mungkin anda mengalami kesukaran mengenal pasti gambar siapa yang akan kami kongsikan di sini.

1. Sir Alex Ferguson

Dunfermline Athletic Football Team 1966 / 1967 (Photo by Daily Record/Mirrorpix/Mirrorpix via Getty Images)

Dunfermline Athletic (gambar di atas) merupakan kelab pertama yang menandatangani Sir Alex Ferguson sebagai pemain profesional selepas lima tahun bermain sebagai penyerang kelab amatur di Scotland.

2. Jose Mourinho

Gambar ini diambil ketika Jose Mourinho bermain untuk Belenenses, pasukan semi-pro Liga Portugal pada era 80-an. Bekas rakan sepasukan Mourinho pernah memberitahu media, “Mourinho pemain tengah ofensif yang berbakat. Tapi malas. Bola sepak adalah sekadar hobi untuk dia pada waktu itu.”

3. Arsene Wenger

Gambar ini diambil ketika zaman Arsene Wenger bermain sebagai pemain tengah profesional untuk RC Strasbourg ketika menentang AS Monaco pada tahun 1979. Pada masa yang sama, Wenger juga sedang mengambil ijazah ekonomi di Strasbourg University.

4. Eddie Howe

Embed from Getty Images

Gambar ini diambil ketika Eddie Howe beraksi sebagai pertahanan Bournemouth ketika menentang QPR di liga divisyen ketiga England pada tahun 2002.

5. Mikel Arteta

(Photo by Olivier Prevosto / Onze / Icon Sport via Getty Images)

Gambar ini diambil ketika Mikel Arteta dipinjamkan ke PSG dari Barcelona ‘B’ pada tahun 2002. Arteta berusia 20 tahun pada ketika ini.

6. Unai Emery

Real Sociedad merupakan kelab profesional pertama buat Unai Emery. Gambar Panini ini diambil pada tahun 1995 ketika beliau berusia 24 tahun.

7. Sean Dyche

Embed from Getty Images

Gambar ini diambil ketika Sean Dyche bermain untuk Chesterfield, menentang Middlesbrough ketika separuh akhir FA Cup 1997. Perlawanan ini merupakan pencapaian tertinggi Dyche sepanjang tujuh tahun bermain sebagai pertahanan tengah untuk Chesterfield.

8. Frank Lampard

Embed from Getty Images

Gambar ini merupakan gambar terawal Frank Lampard ketika masih bergelar graduan akademi West Ham pada tahun 1996. Ketika ini, bapanya Frank Lampard Sr. berkhidmat sebagai penolong pengurus West Ham.

9. Roy Hodgson

Gambar ini diambil pada tahun 1966 ketika Roy Hodgson bermain sebagai pemain sayap kiri untuk pasukan yang disokongnya sejak kecil, Crystal Palace.

10. Carlo Ancelotti

Embed from Getty Images

Gambar ini diambil pada tahun 1980 ketika Carlo Ancelotti baru sahaja berhijrah ke AS Roma selepas berjaya membantu Parma naik ke Serie A. Dilihat memakai jaket skuad kebangsaan Itali, Ancelotti hanya diberi peluang membuat debut setahun kemudian pada tahun 1981.

11. Brendan Rodgers

(Photo by Reading Post/Mirrorpix/Getty Images)

Alahai jambunya. Gambar ini diambil ketika Brendan Rodgers yang berusia 18 tahun baru bergelar graduan akademi Reading pada tahun 1991. Bagaimanapun karier Rodgers sebagai pemain terhenti dua tahun kemudian akibat penyakit genetik di kakinya.

12. Jurgen Klopp

Gambar ini diambil ketika Jurgen Klopp untuk sebuah kelab amatur, Viktoria Sindlingen pada tahun 1987. Ketika ini Klopp bekerja sebagai kelindan lori untuk mengumpul duit menyambung pelajaran.

13. Pep Guardiola

Embed from Getty Images

Gambar ini diambil pada tahun 1992 ketika Pep Guardiola baru diberi peluang bermain untuk skuad senior Barcelona selepas tiga tahun bermain di Barcelona B. Guardiola berusia 21 tahun dalam gambar ini.

14. Ole Gunnar Solskjaer

Pada tahun 1995, Molde dikenali di Norway dengan rangkaian serangan ‘3S’ mereka – Ole Gunnar Solskjaer, Arvild Stavrum dan Ole Bjorn Sundgot. Solskjaer menjaringkan 31 gol daripada 42 penampilan pada musim gambar ini diambil.

15. Steve Bruce

(Photo by NCJ Archive/Mirrorpix via Getty Images)

Gambar rare ini diambil pada tahun 1980 ketika Steve Bruce masih lagi mengharungi musim pertamanya sebagai pemain profesional untuk Gillingham.

16. Ralph Hasenhuttl

(Photo by Gero Breloer/picture alliance via Getty Images)

Ketika gambar ini diambil, Ralph Hasenhuttl bermain sebagai penyerang untuk FC Koln pada tahun 1999. Hasenhuttl adalah pemain dua dari kanan.

17. David Moyes

Embed from Getty Images

David Moyes berusia 20 tahun ketika gambar ini diambil. Bermain sebagai pertahanan tengah Celtic, Moyes kemudiannya berhijrah ke Cambridge United di mana kewarakannya dalam agama Kristian ditempelak oleh pemain di sana.

18. Nuno Espirito Santo

Embed from Getty Images

Ketika zaman beliau bermain sebagai penjaga gol, Nuno Espirito Santo hanya berkhidmat sebagai penjaga gol kedua di belakang Vito Baia, kemudian Helton. Gambar ini adalah antara aksi rare beliau yang diturunkan dalam satu perlawanan pada tahun 2009.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai pengurus Premier League:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN