Koeman: Luuk De Jong Lebih Bagus Daripada Neymar

luuk de jong

Pengurus Barcelona, Ronald Koeman menganggap pemain yang direkrutnya iaitu Luuk De Jong adalah lebih baik berbanding bekas bintang kelab itu iaitu Neymar.

Perpindahan De Jong ke Barcelona jelas sekali bukanlah satu keputusan yang popular dalam kalangan penyokong kelab itu.

Namun Koeman adalah alasan yang tersendiri mengenai tindakan itu.

Memetik laporan MARCA, Koeman menegaskan De Jong merupakan pemain yang lebih baik berbanding Neymar ketika situasi hantaran lintang dilakukan.

“Apabila hantaran lintang dilakukan, De Jong adalah pemain yang lebih berbahaya berbanding Neymar.”

“Beliau adalah salah seorang penyerang yang membawa kelainan kepada pasukan kami.”

Sudah lama mengidam

Menurut Koeman, beliau sebenarnya sudah lama mengidamkan pemain seperti De Jong untuk dibawa masuk ke dalam pasukan.

Kata beliau, usaha untuk mendapatkan De Jong sudah bermula sejak tahun lalu dan ianya berjaya dilakukan selepas kelab hanya mempunyai tiga penyerang sahaja.

Koeman mendedahkan mereka telah berusaha mendapatkan De Jong sejak dari awal Ogos lagi.

“Saya beritahu kelab sejak dari tahun lalu. Semua kelab perlu ada pemain seperti beliau.”

“Saya mahukan keupayaan untuk menukar penyerang. Jika perlawanan memerlukan pemain seperti De Jong, beliau akan diturunkan.”

Kehadiran De Jong adalah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Antoine Griezmann yang kembali menyertai Atletico Madrid secara pinjaman.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply