Kluang FA Sasar Lepasi Pusingan Kelayakan Piala FA 2020

Kluang FA

Pengurus pasukan Kluang FA, Raja Abu Bakar tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam saingan Piala FA dengan mengharapkan mereka mampu melepasi pusingan kelayakan terlebih dahulu.

Sebagai pendatang baharu dalam saingan Piala FA musim ini, Raja memuji kesungguhan seluruh pasukan yang telah melakukan persiapan rapi selama hampir dua bulan dan berhasrat untuk melakukan kejutan ke atas lawan yang lebih berpengalaman.

“Pada kami, semua pasukan yang bakal berentap dalam pusingan kelayakan ini cukup hebat terutamanya pasukan yang telah layak ke Liga M3.”

“Jadi, sebagai pendatang baharu dalam Piala FA, sudah pastinya kami berasa sangat teruja kerana ini merupakan pengalaman pertama untuk Kluang FA menyertai saingan berprestij ini.”

Kredit foto: MFL

“Sasaran kami pada tahun ini adalah cukup untuk melepasi pusingan kelayakan ini dahulu dan seandainya layak ke pusingan seterusnya merupakan satu bonus untuk pasukan”, jelasnya.

Seperti yang sudah terungkai pada majlis undian petang semalam, lawan yang bakal menanti Kluang FA di pusingan Kelayakan Piala FA Malaysia 2020 ialah Nossa Bukit Jelutong FC.

Pada saingan kali ini, 12 slot bakal ditawarkan kepada pasukan amatur, pertambahan dua slot berbanding musim lalu berikutan hanya lapan pasukan sahaja dari Liga Premier bakal bersaing selepas kewujudan Selangor II dan Perak II selaku reserve team.

Kluang FA yang turut akan beraksi dalam kempen Liga M4 2020 merupakan juara bagi saingan Piala Sultan Johor 2019 selepas berjaya menundukkan Kota Tinggi FA dengan keputusan 2-0.

Kredit foto: Amin Zed I TSPH Photography

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN