Klopp Yakin Liverpool Akan Julang Trofi Liga Juara-Juara Eropah

Jurgen Klopp

Kemaraan Liverpool ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah memberi motivasi tambahan kepada bintang pasukan itu, Mohamed Salah untuk lebih fokus untuk membantu pasukannya merangkul trofi berbanding gelaran individu yang boleh dimilikinya musim ini.

Kali terakhir Liverpool menentang Real Ma­d­rid, bekas pengurus The Reds, Brendan Rodgers menurunkan pemain pilihan kedua sehinggakan tidak mungkin kelab Inggeris paling berjaya di pentas Eropah itu mampu bersaing dengan pasukan yang menggelarkan diri mereka sebagai Raja Eropah.

Perlawanan tersebut menyaksikan Madrid menang 1-0 di Santiago Bernabeu pada malam November 2014, dua minggu selepas Liverpool menerima kekalahan terbesar di laman sendiri dalam pentas Eropah setelah kecundang 3-0.

Foto: google.com

Begitu pun, selepas tiga tahun dan enam bulan, Jurgen Klopp membawa perubahan kepada juara Eropah lima kali itu selain menaruh kepercayaan bahawa The Reds layak untuk berada di pentas akhir Liga Juara-juara di mana mereka sekali lagi bertemu Real di Kiev, Sabtu ini.

“Banyak perkara berlaku sejak saya menyertai kelab ini namun perubahan terbesar adalah bagaimana peminat berubah sekiranya mereka menyukai pasukan ini.

“Perkara itu banyak membantu. Pemain layak untuk aksi final ini. Mereka menghadapi musim yang luar biasa, sentiasa berusaha ke arah lebih baik namun ini kejayaan yang besar berbanding tahun lalu,” kata­nya seperti dipetik dalam BBC Sports.

Klopp mengakui selepas menyingkirkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dengan kemenangan agregat 5-1 dalam suku akhir, masa semakin suntuk untuknya menghadiahkan satu trofi dalam tempoh empat tahun bersama Liverpool.

Liverpool

Sementara itu, selepas pertemuan terakhir mereka, skuad kendalian Zinedine Zidane te­lah memenangi dua trofi Liga Juara-juara, La Liga, dua Piala Dunia Kelab dan dua Piala Super Eropah.

Namun, keyakinan mula menyelubungi Anfield apabila Li­verpool mampu bersaing dengan kelab elit Eropah – dan Klopp memperbaharui kontraknya hingga 2022.

“Ini boleh menjadi permulaan yang istimewa di bawah Kloop, dia jurulatih bertaraf dunia,” kata bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN