Klopp Terkejut Kalau Liverpool Nak Beli Jadon Sancho

Jadon Sancho

Jadon Sancho jelas sekali merupakan antara pemain muda yang berjaya menarik perhatian ramai kelab utama Eropah menerusi aksi cemerlangnya bersama-sama Borussia Dortmund.

Beliau kini memang dikaitkan dengan kepulangan semula ke England dengan beberapa kelab seperti Manchester United dan Chelsea cuba mendapatkan khidmatnya.

Salah satu kelab yang turut dikaitkan dengan nama Sancho adalah Liverpool. Tetapi adakah Jurgen Klopp mahukan beliau?

Menurut laporan Sky Sports, Klopp mengatakan yang beliau akan terkejut sekiranya kelabnya membeli pemain tersebut.

Hal ini kerana, beliau tidak menjangkakan situasi itu akan berlaku.

“Saya tak rasa situasi perpindahan itu akan berlaku walaupun warna merah jersi Liverpool cukup sesuai dengannya.”

“Beliau adalah seorang pemain yang cukup menarik untuk disaksikan. Jika beliau tiba di Liverpool, saya akan jadi orang yang paling terkejut dengan perkara itu.”

Situasi untuk menyaksikan Sancho bermain di luar Bundesliga kini semakin menjadi kenyataan selepas pengurusnya, Lucien Favre mengakui terdapat beberapa pemain yang akan pergi meninggalkan Borussia Dortmund.

Dan salah seorang pemain tersebut adalah Sancho sendiri selain Mario Gotze dan Achraf Hakimi yang pulang ke kelab asal iaitu Real Madrid.

Malah turut dikahabarkan, pemain pertahanan itu juga kini sudah hampir memastikan perpindahannya ke Inter Milan menurut Fabrizio Romano.

Hakimi sudah memilih hala tujunya, tetapi Sancho bagaimana? Dikhabarkan pemain itu menetapkan pilihan untuk menyertai pasukan yang hanya bermain di saingan UEFA Champions League musim hadapan.

Selain Manchester United dan juga Chelsea, pasukan La Liga iaitu Barcelona juga dikhabarkan berminat mendapatkan beliau yang dijangka memerlukan bayaran yuran perpindahan melebihi £100 juta sekiranya mereka benar-benar mahu memperoleh beliau.

Baca juga artikel kami mengenai Jadon Sancho:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN