Klopp Tak Peduli Tentang Rekod, Hanya Tumpu Kejuaraan Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Liverpool terus mencatatkan rekod baharu selepas mereka merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur pada Sabtu, namun buat Jurgen Klopp, ianya sekadar tiga mata yang akan membawa mereka semakin dekat untuk meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gol Roberto Firmino pada minit ke-37 telah melebarkan rekod The Reds yang meraih 20 kemenangan daripada 21 perlawanan EPL dan pasukan tersebut turut mencatat rekod masih belum tewas dalam 38 perlawanan liga.

Perlawanan menentang Spurs bukanlah persembahan terbaik pasukan itu, tetapi ia sudah cukup untuk mereka terus kekal tanpa bolos dalam enam perlawanan bagi menuju kejuaraan liga pertama sejak musim 1989/90.

Liverpool kini sudah mengumpul 61 mata di puncak lagi dengan 16 mata mengatasi pasukan di tempat kedua, Leicester City dan ianya telah mengatasi rekod Manchester City selepas yang mendapat 599 mata selepas 21 perlawanan pada musim 2017/19. Ianya juga rekod tertinggi yang dicapai dalam lima liga terbesar Eropah.

“Rekod tersebut tidaklah begitu menarik buat saya. Tetapi apabila kami sudah mengumpul semakin banyak mata sehingga tiada lagi pasukan lain boleh mengejar, itulah yang akan buat saya teruja,” kata Klopp.

Pada musim pertamanya di Anfield pada musim 2015/16, Liverpool hanya mengumpul 60 mata sehingga penghujung saingan. Klopp mengatakan beliau tidak sedar mengenai sebarang catatan rekod baharu sehingga ada staf kelab yang memaklumkan padanya.

“Saya tidak rasa ada sebarang perkara yang istimewa. Saya tahu mengenainya [rekod], mungkin ianya bagus tetapi saya tak rasa apa-apa. Sehingga ada orang yang menyerahkan trofi barulah ianya bermakna, tetapi sehingga saat itu, kami perlu berjuang untuknya.

“Saya boleh katanya ini hanya permulaan. Kami perlu terus konsisten kerana pesaing yang lain juga kuat. Pep [Guardiola] tidak akan berputus asa. Saya juga akan buat benda yang sama.”

Untuk pengurus Spurs, Jose Mourinho, ianya satu lagi keputusan yang tidak memihak kepadanya selepas menggantikan Mauricio Pochettino pada November lepas.

Pasukannya bermain dengan lebih baik pada separuh masa kedua dan berpeluang untuk menyamakan kedudukan menerusi peluang keemasan Giovani Lo Celso pada lewat permaianan.

Beliau sedar tugasnya bukan mudah untuk memastikan Tottenham mampu meraih slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim depan dengan pasukannya kini di kedudukan kelapan dan sembilan mata dibezakan dengan pasukan di tempat keempat, Chelsea.

Saksikan video sorotan perlawanan di sini.