Klopp: “Saya Tak Nampak Apa Milner Buat Sampai Pep Mahu Dia Dibuang Padang”

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui yang beliau tidak nampak apa yang berlaku melibatkan James Milner diatas padang.

Milner terpalit di dalam kontroversi apabila pemain itu yang sudah mengutip kad kuning di separuh masa pertama mengasari pemain Manchester City ketika separuh masa kedua.

Cabaran yang dilakukan pemain veteran itu membuatkan Pep Guardiola berang dan mahu Milner dibuang padang tetapi pengadil tidak mengendahkannya.

Pep Guardiola: “Aura Anfield Jadi Punca Milner Tidak Dibuang Padang”

Ditnya kepada NBC Sports selepas perlawanan, Klopp mengatakan yang beliau tidak nampak apa yang terjadi ketika cabaran keras Milner itu.

Yang beliau perasan cumalah reaksi Guardiola yang berang mahukan Milner dibuang padang.

“Kami bawa beliau [James Milner] keluar, saya cuma nampak reaksi Guardiola mengatakan ianya adalah kad kuning kedua.”

“Saya tak nampak masa itu, saya cuma nampak benda lain yang berlaku. Ianya tidak jelas.”

Beraksi dengan baik

Keputusan Klopp meletakkan Milner di pertahanan kanan menggantikan Trent Alexander-Arnold membuatkan dinamik pertahanan Liverpool sedikit berubah.

Milner jelas sekali menghadapi masa sukar terutamanya apabila perlu menghentikan ancaman Phil Foden dan Jack Grealish yang datang kepadanya.

Tetapi pada Klopp, beliau berasakan Milner beraksi dengan baik secara keseluruhan.

“Saya sangat, sangat berpuas hati dengan persembahan beliau.”

Pada hemat Klopp, apa yang disumbangkan oleh Milner cukup bermakna buat pasukan dengan persembahannya lebih baik di separuh masa kedua.

Milner kemudiannya digantikan dengan Joe Gomez selepas beraksi selama 78 minit.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply