Klopp Samakan Pembelian Newcastle Oleh Pak Arab Dengan Pembentukan ESL

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyamakan pengambilalihan Newcastle United oleh keluarga diraja Arab Saudi sama seperti dengan pembentukan European Super League (ESL).

Menurut Klopp, jika sebelum ini 12 pasukan cuba untuk membentuk sebuah liga super, tetapi kini Arab Saudi mencipta sebuah pasukan super menerusi Newcastle.

“Beberapa bulan lepas, kita ada isu yang dimana 12 pasukan cuba untuk membuat sebuah liga super.”

“Ianya tidak terjadi, tetapi kini ada usaha untuk menjadikan pasukan super pula yang dilihat sama saja.”

Klopp juga menyedari pengambilalihan Newcastle turut diselubungi dengan isu hak asasi manusia melibatkan Arab Saudi.

Oleh itu, beliau tertarik untuk mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Premier League mengenai situasi tersebut.

“Saya sebenarnya menunggu kenyataan rasmi dari Richard Masters [CEO Premier League] atau orang lain kerana kita tahu kerisauan mengenai isu hak asasi manusia.”

Saling tak tumpah

Bercakap kepada media menjelang aksi Premier League menentang Watford, Klopp mengatakan apa yang dilakukan ini adalah berita gembira buat penyokong Newcastle tetapi tidak untuk bola sepak.

Hal ini kerana, Klopp mempersoal sama ada masih lagi adakah peraturan seperti Financial Fair Play masih terguna pakai dalam memastikan apa yang dilakukan di Newcastle ini adalah sah.

“Penyokong Newcastle pasti akan sukakan perkara ini, semestinya.”

“Tapi percayalah kata saya, akan muncul satu lagi kuasa besar baharu dan kita tak boleh elak perkara tersebut.”

“[Pengambilalihan Newcastle] akan memberi jaminan kepada tempat di UEFA Champions League, bukan sekarang tapi dalam masa beberapa tahun akan datang.”

“Ini menimbulkan keraguan sama ada Financial Fair Play masih lagi wujud atau tidak.”

Klopp menegaskan bagaimana pun duit tidak mampu membeli semuanya.

“Duit tidak boleh beli segalanya, tapi mereka merentasi masa mereka akan mempunyai duit yang cukup untuk buat keputusan yang salah dan betul serta ke mana mereka mahu berada.”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply