Klopp: Penyokong Liverpool Tak Bodoh Percaya Liga Akan Dibatalkan

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp langsung tidak mahu mengendahkan perkhabaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menjadi tidak sah disebabkan oleh penularan wabak coronavirus, COVID-19.

The Telegraph sebelum ini melaporkan Liverpool – kini mempunyai kelebihan 22 mata di puncak liga – berisiko tidak akan dinobatkan kejuaraan pada musim ini sekiranya wabak tersebut menyebabkan pertandingan tersebut terpaksa dihentikan melebihi dua bulan.

Ketika bercakap di sidang media menjelang perlawanan menentang Chelsea di pusingan kelima Piala FA, Klopp berkata:

“Saya tidak fikir penyokong [Liverpool] akan paranoid. Saya tidak percaya mereka akan peduli mengenali laporan itu, malah saya ada bercakap dengan mereka [mengenai perkara ini].

“Ia adalah cerita bagus. Tetapi apabila saya melihatnya buat kali pertama, saya berfikir: ‘Wow! Benarkah ada orang berfikir sedemikian? Penyokong Liverpool bukannya bodoh untuk percaya perkara sedemikian.”

Liverpool beraksi di pusingan kelima Piala FA selepas skuad muda mereka menewaskan Shrewsbury 1-0 di pusingan keempat.

Tatkala Klopp berkata beliau akan memanngil beberapa pemain muda tersebut, beliau juga turut akan melihat kepada pemain dari skuad utama untuk berhadapan Chelsea.

“Ia bukan isu kesetiaan. Mereka adalah pemain kami, dan mereka akan melakukan apa yang perlu mereka lakukan.

“Jika akhirnya kami menjuarai Piala FA, mereka juga akan meraikannya. Jika mereka bermain malam esok, saya tidak tahu. Kita akan menyemak perkara itu, tetapi sudah pasti tidak kesemua mereka [akan beraksi].

“Daripada skuad menentang Shrewsbury, sudah pasti akan ada pemain daripada pasukan itu yang akan bermula dari kesebelasan utama. Kita tunggu sama-sama.

“Ia situasi yang berbeza daripada pusingan sebelum ini. Jika ketika menentang Shrewsbury, anda akan melihat itulah skuad Piala FA yang kita miliki pada ketika itu yang kami fikirkan sesuai untuk diturunkan.

“Kami gagal mendapatkan keputusan yang dikehendaki, dan kerana itulah kami beraksi buat kali kedua. Tetapi ia bukan pasukan dengan pemain yang sama ketika perlawanan kali kedua menentang Shrewsbury.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai prospek Liverpool menjuarai liga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN