Klopp Mengamuk: “Kalau Tak Ofsaid Pun, Ia 100% Penalti”

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp mengamuk dengan keputusan VAR yang tidak konsisten selepas dua insiden kontroversi yang menyebabkan Virgil van Dijk dan Thiago Alcantara cedera.

Susulan keputusan seri 2-2 dalam derbi Merseyside semalam, van Dijk dan Thiago memerlukan imbasan lanjutan untuk mengesahkan tahap kecederaan mereka.

Menurut laporan James Pearce, koresponden Liverpool di The Athletic, Liverpool akan membuat aduan rasmi kepada Premier League berhubung dua insiden:

  1. Mengapa penjaga gol Everton Jordan Pickford tidak dihukum selepas membuatkan van Dijk cedera selepas hanya enam minit
  2. Bingkai beku yang mana satu dipilih oleh pengadil ketika menghukum Sadio Mane ofsaid dalam insiden gol Jordan Henderson

Klopp turut berang apabila Thiago dicederakan oleh bentesan berbahaya Richarlison yang kemudiannya dihukum kad merah terus oleh pengadil.

Richarlison bagaimanapun telah meminta maaf kepada Thiago di Twitter.

“Saya dah banyak kali beritahu dan sekarang semakin susah saya nak terima [tentang VAR],” kata Klopp. “Saya menyokong perlaksanaan VAR.”

“Perlawanan tadi barangkali derbi Merseyside paling sengit pernah kami main sejak saya berada di sini. Ada banyak aksi-aksi yang berkualiti. Kami berjaya menangani bahaya Everton dan gol-gol kami cantik.

“Kemudian selepas perlawanan habis, Thiago mengadu kepada saya yang dia rasa dia cedera selepas bentesan kad merah Richarlison.

“Bila saya pergi ke bilik persalinan, ramai orang berdiri tengok komputer riba. Bila saya tanya: ‘Ada apa?’ dan mereka kata: ‘Kami dah tengok balik [insiden gol Henderson yang dibatalkan] dan kami tak faham kenapa ia ofsaid.’

“Dalam satu gambar yang saya tengok, mana ada ofsaid? Selepas itu, saya buat 10 temuramah dengan media dan mereka semua cakap gol itu tak ofsaid. Sudah tentulah saya tak gembira.

Pengurus Liverpool itu mengaku tak faham mengapa VAR hanya fokus kepada ofsaid van Dijk, bukannya kekasaran Pickford kepada pertahanan tengah Belanda tersebut.

“Terang-terang ia penalti. Kemudian bendera pengadil diangkat mengatakan ia ofsaid. Saya ingatkan pengadil akan tengok kekasaran [Pickford]. Tapi ia tak berlaku. Penjaga gol mana boleh buat kekasaran seperti itu dalam kotak penalti. Kalau tak ofsaid pun, ia 100% penalti.

Pengurus Everton Carlo Ancelotti pula mengambil pendekatan diplomatik sambil mempertahankan penjaga golnya.

“Saya tak tengok lagi ulang tayang [kekasaran Pickford]. Dia bermain dengan bagus, seperti pemain lain. Dia melakukan beberapa aksi menyelamat, fokus dan mempamerkan persembahan baik. Malangnya van Dijk cedera. Saya harap dia sembuh segera.”

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

‘Sekadar Mainan Media’ – Ole Tepis Spekulasi Pertelagahan Dengan Fernandes

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN