Klopp: “Liverpool Sayangkan Coutinho, Namun Tidak Mampu Membelinya”

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Jurgen Klopp memberitahu BILD, beliau yakin Coutinho akan berjaya di Bayern Munich. Ditanya sama ada beliau tidak berminat untuk mendapatkan semula Coutinho, Klopp ada alasan tersendiri.

Ejen kepada Coutinho, Kia Joorabchian sebelum ini memberitahu bahawa pemain itu masih lagi sayangkan Liverpool. Dan ianya akan menjadi destinasi pilihan Coutinho jika pemain itu kembali ke EPL.

Menurut Jurgen Klopp, bukan beliau tidak berminat, tetapi mustahil untuk Liverpool mendapatkan Coutinho yang masih lagi mahal di pasaran perpindahan.

Walaupun Coutinho kurang mendapat tempat di Barcelona, ia tetap meletakkan pemain itu pada harga sangat tinggi kerana beliau pemain yang bagus.

Coutinho memeterai perjanjian dengan harga €8.5 juta secara pinjaman ke Bayern Munich dengan klausa pembelian tetap €120 juta.

“Ianya kendengaran sedikit pelik, namun kami [Liverpool] tidak mampu membeli beliau. Lagipun kami sudah belanjakan wang yang kami dapat daripada penjualan beliau.”

“Beliau pemain yang hebat, seorang pemuda yang sangat baik. Beliau akan berjaya di Bayern Munich.”

Klopp menegaskan, Liverpool tidak pernah terfikir untuk melepaskan Coutinho. Namun terpaksa melepaskan pemain itu yang terus ‘digganggu’ oleh Barcelona, membuatkan Coutinho hilang fokus.

Coutinho menghantar ‘transfer request’ kepada Liverpool dan menyatakan Barcelona adalah kelab impian beliau sejak kecil.

“Kami dahulu bermati-matian tidak mahu menjual beliau. Namun Barcelona mendesak kami dengan menggunakan kuasa wang mereka ada.”

Klopp yang merupakan bekas pengurus Borussia Dortmund menganggap Coutinho ke Bayern bukan perkhabaran yang menggembirakan bagi mereka.

“Beliau pemain yang boleh mengubah perlawanan secara positif. Ini bukan perkara yang bagus untuk Dortmund, tetapi ini satu perpindahan yang sangat bagus untuk Bayern dan Bundesliga.”