Klopp: EPL Musim Ini Bukan Lagi Perlumbaan Antara Liverpool & City Sahaja

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berpendapat beberapa pasukan berpeluang untuk meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini dan bukannya hanya perlumbaan di antara pasukannya dan Menchester City sahaja.

Untuk beberapa musim terakhir, kedua-dua pasukan tersebut bersaing hebat untuk mendapatkan trofi liga paling popular di dunia itu.

Musim lepas Liverpool muncul juara dengan jurang 18 mata daripada City di tempat kedua. Musim 2018/19 pula menyaksikan City menang dengan perbezaan satu mata sahaja dengan Liverpool.

Maka musim ini kebanyakan pihak melihat kedua-dua pasukan tersebut masih merupakan pilihan utama untuk sekali lagi menjulang kejuaraan.

“Ya, ia sentiasa begitu, perlumbaan lebih daripada dua pasukan,” ujar Klopp ketika ditemubual Sky Sports.

“Sehingga sampai ke mata yang spesifik, tiada sebarang jaminan. Saya tidak rasa ianya hanya tentang pasukan kami, masih banyak yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam EPL ini.

“Jika kita imbas semula dalam dua tahun ini, memang agak memberangsangkan buat kedua-dua pasukan, tetapi tidak bermakna tahun ini kami mempunyai tiket yang sama untuk melakukannya lagi, semua pasukan ada peluang.”

Kedudukan EPL ketika ini dilihat sangat sengit di mana pasukan di puncak liga dengan pasukan di tangga ke-10 hanya dipisahkan dengan empat mata sahaja.

Liverpool kini terikat 16 mata dengan Southampton tetapi memiliki kelebihan satu perlawanan menjelang pertemuan dengan City pada Ahad. City pula di tangga ke-12 dengan 11 mata namun masih ada dua perlawangan di dalam tangan.

Kedua-dua pasukan kini dalam motivasi terbaik selepas masing-masing meraih kemenangan selesa di saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tempoh hari.

Dalam perkembangan lain, Joel Matip dijangka dapat diturunkan dalam aksi EPL malam ini dan tentunya melegakan Klopp yang sudah pun kehilangan khidmat Virgil Van Dijk dan Fabinho.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

EPL 2020/21: Gol Sulung Cavani Rawat Luka United

Man Utd Akan Setia Dengan Solskjaer Walaupun Jika Kalah Dengan Everton

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN