Klopp Dedah Satu Benda Yang Dibuatnya Pagi Selepas Kekalahan 7-2

Klopp

Melihat anak buahnya dibelasah ketika bertemu Aston Villa tempoh hari pastinya menjadi antara detik sukar buat Jurgen Klopp sepanjang beliau bergelar pengurus Liverpool.

Turun ke Villa Park dengan status selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 serta menikmati musim baharu dengan tiga kemenangan awal, tiada yang dapat menyangka The Reds diperlakukan sedemikian rupa.

Sehubungan dengan detik memalukan itu, Klopp mendedahkan bahawa beliau telah memberikan mesej atau kata-kata yang cukup panjang buat anak buahnya sebaik sahaja barisan pemainnya ‘menerima musibah’ tersebut.

”Malam selepas perlawanan itu bukanlah malam yang terbaik buat hidup saya tetapi bangun pada waktu pagi dan saya tahu bahawa saya perlu untuk bercakap dengan para pemain saya tetapi mereka tiada di sini.”

”Oleh itu, saya mengirimkan kepada mereka semua mesej panjang dan begitu panjang yang merupakan pemikiran saya mengenai perkara-perkara yang telah berlaku,” ujar Klopp menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Selepas itu, saya merasa lebih baik kerana semuanya telah dikeluarkan dan dari saat itu kami dapat meneruskannya dan itulah yang kami lakukan.”

”Pada ketika ini, kami berada di sini dan kami mempunyai cukup masa untuk menerimanya [kekalahan besar].”

”Tewas dalam satu-satu perlawanan adalah perkara berlawanan yang anda mahukan, kalah 7-2 sudah tentu saja membuatkan kami merasakan ianya teruk tetapi kadang-kadang kami perlu menunjukkan bahawa ia berguna.”

”Kami mempunyai kesempatan untuk membuktikan sesuatu pada Sabtu ini bertemu Everton, jadi ia sangat menarik kerana kami menghadapi pasukan yang berada di momentum terbaik dan kami baharu sahaja menerima ‘pengajaran’.”

”Jadi sekarang ini mari kita lihat siapa yang akan menghadapi [perlawanan] ini dengan lebih baik,” tambah pengendali berusia 53 tahun itu lagi.

Tugas mencabar menanti Liverpool pada derbi Merseyside ini apabila Everton sedang menikmati prestasi cemerlang apabila sedang melakarkan rekod kemenangan 100 peratus selepas mengharungi empat perlawanan.

Kredit featured image: Marc Atkins/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jurgen Klopp:

Jurgen Klopp: Kami Tidak Boleh Tiba-Tiba ‘Bersikap’ Seperti Chelsea

Jurgen Klopp: Pemain Muda Liverpool Ada Masa Depan Yang ‘Cantik’

Jurgen Klopp: Kami Cipta Sejarah Yang Salah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN