Klopp Anggap Penyokong Man Utd Melampau Dan Menyusahkan

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berpendapat sebahagian daripada penyokong Manchester United yang hadir melakukan protes ssehingga menyebabkan perlawanan mereka menentang Manchester United terpaksa ditunda sebagai melampau.

Penyokong United tampil ke jalanan menentang pemilikan kelab oleh keluarga Glazer dan berkumpul di beberapa lokasi seperti stadium dan hotel penginapan pasukan sebelum perlawanan dengan niat menganggu kelancaran perlawanan.

Sebahagian daripada penyokong turut masuk ke kawasan padang di Old Trafford dan beberapa insiden pertempuran dengan polis turut berlaku.

United terpaksa mengeluarkan kenyataan selepas itu, dan mendakwa sikap sebahagian penyokong menyebabkan kerosakan padang. Polis Greater Manchester pula berkata 12 pegawai mereka mengalami kecederaan, termasuk seorang parah soket mata pecah dan mengalami kecederaan di kepala yang serius.

Seorang lelaki turut didakwa kerana melontar bunga api di jalanan, sambil menggunakan ugutan dan sikap yang tidak boleh diterima untuk menghalang laluan ketika melakukan protes di luar Hotel Lowry.

Klppp yang menyaksikan insiden tersebut bersama pemainnya dari hotel penginapan untuk mengikuti perkembangan terkini perlawanan tidak bersetuju dengan apa yang berlaku, dan berpendapat protes sepatutnya berlaku dengan aman.

Bercakap kepada media menjelang perlawanan menentang Southampton pada hujung minggu ini, Klopp berkata: “Adakah saya terkejut perkara sebegini berlaku? Tidak. Saya percayakan demokarasi, yang bermakna saya gembira apabila orang ramai mahu menyatakan pendapat mereka. Tiada masalah denga itu, tetapi pada masa yang sama situasi begini, jarang sekali tiada individu yang tidak akan mengalami kecederaan.

“Kerana itulah seminggu sebelum itu apabila semua pundit bertanya mengenai protes dan perkara berkaitan saya menegaskan semua pihak untuk bertenang, dan tanyakan soalan yang betul. Saya dapat tahu ada polis yang cedera, dan perkara sebegini tidak patut berlaku. Begitu juga dengan tidakan pecah pintu dan pelbagai perkara [vandalisme] yang lain.

“Untuk meluahkan pendapat, untuk menunjukkan kepada dunia apa anda fikirkan, tiada masalah untuk itu asalkan ia dilakukan dalam keadaan aman. Apa yang berlaku setahu saya tidak berlaku dengan aman. Maka, tiada apa yang betul di situ.”

Perlawanan derbi barat laut yang tertunda itu kini telah ditunda kepada 13 Mei, keputusan yang memberikan akibat kepada Manchester United sendiri dan membuatkan Ole Gunnar Solksjaer marah kerana terpaksa beraksi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu.

“Sudah tentu saya bersimpati dengan beliau, dan ia juga tidak bagus untuk kami. Saya lebih memilih perlawanan diadakan pada minggu lepas,” kata Klopp.

“Sekarang kami terpaksa berhadapan lima perlawanan dalam tempoh dua minggu, jadi itu bukan perkara yang kita mahukan.”

Liverpool sekali lagi terpaksa melihat Manchester City mendakap kejuaraan Premier League sekali lagi sekiranya berjaya menewaskan Chelsea pada hujung minggu ini.

Liverpool pula sedang bergelut layak ke Champions League pada musim hadapan. Kini mereka berada di kedudukan ke-7 liga, ketinggalan tujuh mata dengan baki lima perlawanan dari slot terakhir ke pertandingan elit eropah itu.

Baca artikel lain mengenai Klopp melalui pautan:

5 Sebab Yang Boleh Sebabkan FSG Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool

Bayern Mahu Jurgen Klopp Jika Hansi Flick Sertai Skuad Kebangsaan Jerman

10 Pemain Terbaik EPL Dari Negara Scandinavia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN