KLFA Tubuhkan Kuala Lumpur II, Fokus Pembangunan Pemain

Pasukan yang berpusat di ibu kota, Kuala Lumpur telah mengambil langkah untuk mewujudkan pasukan pembangunan dengan menubuhkan Kuala Lumpur II.

Menurut laman rasmi KLFA, Setiausaha Agung mereka iaitu Nokman Mustaffa mengatakan ianya merupakan satu inisiatif untuk memperkasakan pembangunan pemain muda di Kuala Lumpur.

“Kita telah melihat dari pelbagai sudut sebelum meluluskan penubuhan pasukan tersebut. Perkara pertama dilihat adalah impak serta keberkesanan dalam pembangunan para pemain ibu kota.”

GAMBAR: Kuala Lumpur FA

Kuala Lumpur II bakal membuat penampilan dalam saingan Liga M3 selepas pasukan utama diturunkan ke Liga Premier selepas tersingkir dari Liga Super musim ini.

Namun begitu, Nokman berkata lagi mereka sedang menantikan pengesahan daripada pihak Amateur Football League (AFL) sebelum mengesahkan tempat mereka dalam saingan liga divisyen tiga negara itu.

“Namun dalam perancangan tersebut kita terpaksa menunggu pengesahan untuk bermain dalam Liga M3 daripada pihak Amateur Football League.”

“Segala persiapan telah dilakukan oleh pihak persatuan termasuk peruntukkan pasukan pembangunan, padang latihan, menandatangi pemain serta pemilihan pemain yang akan ditawarkan kontrak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN