KLFA Tidak Menolak Kemungkinan Akan Panggil Semula Fabio Maciel

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa mengesahkan pihaknya telah menerima 5 permohonan untuk mengisi jawatan Ketua Jurulatih bagi menggantikan Yusri Che Lah yang telah letak jawatan semalam.

Katanya, dua jurulatih tempatan dan tiga jurulatih dari luar negara berminat untuk melatih skuad warga kota itu termasuk Fabio Maciel yang telah membimbing Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super musim lepas.

Fabio Maciel. FOTO: KL Hawks

Maciel pernah membimbing Kuala Lumpur pada 2017 sebelum direhatkan KLFA, September lalu, dan sepanjang tempoh itu, dia berjaya membantu The City Boys menjuarai Liga Premier. Disebabkan faktor kewangan dan buat sementara waktu, pembantu jurulatih, Chong Yee Fatt akan menggantikan tempat Yusri.

Malah, Nokman juga tidak menolak kemungkinan Fabio Maciel akan kembali menyertai Kuala Lumpur dan sedang menunggu persetujuan melibatkan bayaran gaji daripada kedua-dua pihak.

“Sebaik sahaja Kuala Lumpur tumpas 2-3 kepada Selangor di laman sendiri, semalam, KLFA menerima lima permohonan daripada jurulatih dalam dan luar negara. Dua daripada­nya jurulatih tempatan.

“Benar, kami telah mengadakan run­dingan bersama Fabio dan kini sedang menunggu persetujuan berkenaan gaji,” katanya dalam Utusan Malaysia.

Sementara itu, Yusri Che Lah menjelaskan beliau meletakkan jawatan selepas merasakan perlu bertanggungjawab di atas kegagalan pasukan KLFA mencipta sebarang kemenangan setakat ini dalam saingan Liga Super.

“Terima kasih kepada KLFA. Pemain telah berusaha, tetapi, kemenangan belum menyebelahi kami. Keputusan ini diambil bukan disebabkan desakan penyokong tetapi keprihatinan saya kepada majikan,” katanya.

Beliau juga menafikan dirinya diboikot oleh pemain import Kuala Lumpur sehingga beliau mengambil tindakan drastik tersebut. Yusri menyertai skuad Warga Kota musim ini dengan keadaan yang kurang sempurna.

“Sejujurnya, saya tidak pernah berasakan ada pemain ini yang membunuh saya. Ia tidak pernah ada dalam kamus hidup saya.

“Saya sudah berjanji dengan Allah, jika saya berlaku jujur dengan manusia, manusia juga akan berlaku jujur dengan saya. Seandainya ada perkara itu, biarlah sesiapa juga yang melakukannya berdepan dengan Yang Maha Esa.

“Bagi saya, perkara itu tidak pernah terjadi,” katanya dalam Stadium Astro.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN