KLFA Harap MFL Bersikap Adil Sebelum Sekat Geran Tahunan

Media tempatan semalam melaporkan pengendali liga Malaysia (Malaysia Football League) kemungkinan akan mengambil tindakan mengenakan sekatan terhadap pemberian geran tahunan kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang dibuat berdasarkan peruntukan sedia ada.

Menurut laporan daripada Berita Harian, tindakan itu adalah berpunca daripada pendedahan mengejut pemain pertahanan kiri skuad Harimau Malaya, Syazwan Andik mengenai tunggakan gaji selama dua bulan oleh KLFA sehingga menarik perhatian MFL.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata pihaknya akan meminta penjelasan terperinci daripada KLFA dengan segera untuk dibawa kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Naib Presiden KLFA, Datuk Kamarudin Hassan berharap MFL bertindak adil dengan melihat pasukan lain yang turut berdepan masalah tunggakan gaji dan tidak hanya fokus kepada KLFA sahaja.

“Tunggakan gaji itu memang KLFA akan selesaikan dan presiden pun sedang berusaha untuk lunaskan, cuma cepat atau lambat saja. Kita juga sedia memberi penjelasan kepada MFL.

“Tapi MFL tidak boleh terus nak ambil tindakan. Jangan bila jadi (kes) macam itu terus nak potong (sekat geran tahuan). Sepatutnya guna budi bicara, semak dulu, datang jumpa KLFA dan tanya apa masalah sebenarnya.

“Betul pemain kata dua bulan tak bayar gaji, itu kita tak nafikan. Tapi cuba semak juga berapa persatuan lain yang tak bayar gaji kepada pemain, jangan tuju kepada KLFA saja.

“Adakah hanya KLFA yang tak bayar gaji lagi? Malah, dalam tempoh setahun dua ini KLFA tiada masalah bayar gaji, kita bayar ikut masa, cuma hujung tahun ini saja kita lewat sikit,” katanya dalam Berita Harian.

KLFA berjaya gilap semula bakat Syazwan Andik

Beliau juga redha dengan pemergian Syazwan Andik ke pasukan JDT namun tetap berbangga kerana dapat menggilap semula bakal pemain muda itu hingga menjadi buruan pasukan Liga Malaysia.

“Syazwan datang daripada JDT II pada 2017 sebelum menyertai Kuala Lumpur, jadi maknanya kita ambil masa setahun untuk gilap dia hingga mendapat perhatian semula dari JDT.

“Jadi kita tetap berbangga kerana ia membuktikan KLFA berjaya menaikkan semula nama dia selaku pemain muda yang berpotensi sepanjang bersama Kuala Lumpur,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN