Kleberson: Kecederaan Alisson Becker Satu Kehilangan Besar Buat Brazil & Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Alisson

Pemain yang pernah merasai nikmat selaku juara Piala Dunia 2002, Kleberson menyifatkan kecederaan yang dialami penjaga gol, Alisson Becker merupakan kehilangan besar buat Brazil dan kelabnya, Liverpool.

Alisson mengalami kecederaan betis ketika aksi sulung Liga Perdana Inggeris 2019/20 menentang Norwich City dilaporkan bakal terlepas aksi sehingga Oktober nanti.

Kehilangan penjaga gol berusia 26 tahun itu menurut Kleberson pasti akan dirasai oleh Tite dan Jurgen Klopp.

”Bagi seorang penjaga gol, tidak mudah buat mereka sekiranya mengalami kecederaan. Alisson memberikan banyak perkara positif dan keyakinan buat pertahanan Liverpool.”

”Jadi, ia merupakan kehilangan yang cukup besar buat mereka (Liverpool) dan juga skuad kebangsaan Brazil.”

”Ederson (Moraes) berada di tahap yang sama tetapi sudah pasti Alisson adalah nama besar.”

”Tidak mudah pada permulaan musim ini kerana pemain telah mempersiapkan diri bagi menghadapi musim yang hebat. Kini dia terpaksa berehat dan bermula semula, bermakna dia akan berada di belakang penjaga gol lain.”

Alisson ketika ini sudah pun terlepas dua aksi iaitu bertemu Chelsea pada Piala Super Eropah dan Southampton dalam saingan EPL.

Dalam perkembangan lain, Liverpool akan menghadapi cabaran sukar pada aksi ketiga EPL awal pagi nanti apabila bakal berdepan Arsenal di Anfield.

Kedua-dua pasukan berada di mood terbaik selepas berjaya mencatatkan kemenangan pada dua perlawanan awal sebelum ini. Liverpool mencatatkan kemenangan 4-1 keatas Norwich City dan 2-1 ketika bertemu Southampton.

Arsenal yang berbelanja sakan bagi menghadapi musim baharu ini pula merakamkan kemenangan keatas Newcastle United (1-0) dan Burnley (2-1).