Klang Southern FC Hukum Kelalaian Puchong Fuerza FC, Menang 1-0 Dengan 10 Pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Perlawanan minggu kelima di antara Puchong Fuerza FC dan Klang Southern FC pada hari Selasa berpihak kepada Klang Southern FC dengan jaringan 0-1 hasil jaringan Saiful Aula.

Perlawanan di antara dua pasukan ini amat menarik kerana kedua-dua pasukan berada di dalam prestasi yang cemerlang. Puchong Fuerza FC baru sahaja menewaskan AZS FC 4-1 di mana tiga pemain tunggak mereka akhirnya nampak sudah gel dan kelihatan sangat berbahaya.

Klang Southern FC pula menerima kepulangan penyerang berbisa mereka, Kizito Ezeneche Somadina, pada minggu lalu dan menewaskan PJ Level Up FC 3-1.

Bahagian jentera serangan kedua-dua pasukan sangat menyerlah pada minggu lalu dan ramai menjangkakan perlawanan ini akan menjana banyak gol.

Pada permulaan separuh masa yang pertama, perlawanan agak seimbang dan kedua-dua pasukan bermain dengan agak berhati-hati. Walau bagaimanapun, Fuerza memiliki possession yang lebih pada perlawanan ini. Southern memilih untuk bermain dengan lebih defensive.

Gandingan trio Puchong Fuerza FC, Abdurazzaq Alkanouni, Ahmed Aboubakr dan Nazrin Zulgafli tidak berapa menjadi pada separuh masa pertama. Mereke kelihatan buntu ketika menyerang dan kurang kreativiti di midfield.

Southern pula, walaupun tidak memegang bola, mereka displin apabila bertahan dan berjaya mematahkan gameplay Puchong Fuerza FC.

Walaupun memiliki 60% possession, Puchong Fuerza hanya mampu melakar 7 chances sahaja sepanjang perlawanan. Pada minit ke-34, pemain bernombor 66, Jeremy Matthew Danker dari Klang Southern FC dilayang kad merah kerana kelihatan telah meniku pemain Puchong Fuerza.

Pada separuh masa kedua, Klang Southern FC mengetatkan lagi bahagian pertahanan mereka yang hanya tinggal 10 orang sahaja, Kizito diletakkan sebagai lone striker di atas. Walaupun bermain dengan 10 orang, Puchong Fuerza masih lagi gagal melakar peluang yang lebih baik.

Gandingan bek tengah Klang Southern FC sangat menyerlah pada perlawanan ini terutamanya pemain bernombor 22 mereka, Soe Zhao Hoe yang kerap kali mengeluarkan bola dari kotak mereka dan bijak membaca serangan dari Puchong Fuerza.

Walaupun bermain dengan 10 orang sahaja, Klang Southern FC tidak mengalah dan bermain pada apa kelebihan yang mereka ada.

Pada minit ke-67, bola keluar di dalam kawasan Puchong Fuerza, Southern menggunakan kelebihan yang ada pada pemain bernombor 47 mereka, Carlos Goonting yang berkebolehan untuk membuat throw in yang jauh ke dalam kotak penalti.

Saiful Aula pantas mendapatkan bola tersebut di dalam kotak penalti Puchong Fuerza untuk menyudahkan peluang keemasan buat Klang Southern FC. 1-0 buat Southern FC.

Setelah terkena satu gol, lagi-lagi menentang 10 orang sahaja, Puchong Fuerza kelihatan tergamam dan tidak tahu bagaimana untuk memberi tidak balas kepada gol itu. Beberapa cubaan cuba dibuat oleh Puchong Fuerza namun masa tidak mencukupi.

Klang Southern FC pulang dengan tiga mata penuh, satu malam yang mengecewakan buat Puchong Fuerza FC.

Statistik perlawanan