KL City League: 3 Perlawanan Dilangsungkan, 21 Gol Dihasilkan!

Saingan KL City League kini memasuki fasa akhir dengan kesemua pasukan kini mengharungi minggu ketujuh liga.

Namun begitu, satu lagi pasukan iaitu Dekays Ox memilih untuk menarik diri dipenghujung saingan liga.

Mereka mengikut jejak langkah Okami FC yang menarik diri pada pertengahan awal saingan.

Akan tetapi, saingan tetap diteruskan dengan 3 lagi perlawanan diadakan pada hari Isnin dan juga Selasa.

Keputusan tumpuan adalah ketika aksi melibatkan Thai Selangor yang membelasah KTKSI dengan jaringan besar 11-1!

12 gol yang terhasil dalam perlawanan itu dibahagikan secara berat sebelah apabila Thai Selangor cukup bernafsu menewaskan pasukan tercorot liga itu.

Visert Seng meletakkan Thai Selangor dihadapan dengan sepakan percuma menarik menewaskan penjaga gol pada minit ke-7 sebelum penjaga gol KTKSI, Anjis menjaringkan gol sendiri 3 minit kemudian.

KTKSI yang sentiasa cuba untuk menyerang berhasil mendapatkan gol menerusi Boihaqqi pada minit ke-19 untuk cuba mengurangkan defisit perlawanan.

Walaupun mereka cuba untuk memberikan tentangan kepada Thai Selangor, namun rapuhnya pertahanan KTKSI membuatkan setiap kali usaha menyerang itu sia-sia.

3 gol dalam masa 5 minit berjaya dijaringkan oleh Thai Selangor bermula dari jaringan Shukri Rosli pada minit ke-23, Kyambadde Rashid pada minit ke-26 dan juga penalti Vishnu Raj pada 2 minit kemudian.

Kedudukan menjadi 6-1 pada penghujung babak pertama apabila Rashid dengan mudah menjaringkan gol dari jarak dekat menewaskan Anjis.

Thai Selangor terus mencari gol mereka di separuh masa kedua dengan menjaringkan 5 lagi gol.

Mohd Nazihi menjaringkan gol menerusi satu gerakan solo dari sebelah kanan pada minit ke-39.

Kayembe Arcel turut menyumbang gol menerusi penyudah beliau pada minit ke-50 sebelum Rashid melengkapkan hatriknya 2 minit kemudian.

Arcel menjaringkan gol kesepuluh buat Thai Selangor pada minit ke-60 sebelum Nazihi menamatkan malam gemilang mereka dengan gol di penghujung permainan.

Dalam aksi lewat pada Isnin, KL Galaxy mencatatkan kemenangan besar menewaskan Damansara Bulls dengan jaringan 6-0.

Ayam tambatan mereka iaitu Osoru Mannix membuka tirai jaringan dengan gol awal pada minit ke-2.

Damansara Bulls terus dihimpit duka apabila mereka memboloskan gol kedua 5 minit kemudian menerusi jaringan Matthew Devaraj.

Darshen Pillay menjaringkan gol ketiga KL Galaxy pada minit ke-21 untuk membolehkan pasukan itu selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Fudzli Akmal menggegar gawang Damansara Bulls menerusi jaringan pada minit ke-53.

Darshen melengkapkan hatrik beliau dengan 2 gol pada minit ke-66 dan ke-70 untuk memberikan keputusan yang cukup baik buat KL Galaxy.

Satu lagi perlawanan adalah melibatkan Expected Toulouse dan juga BOSS FC.

MY City League

Penyerang Heazry Ismail membukan tirai jaringan BOSS FC dengan gol pada minit ke-23.

2 lagi gol terhasil pada babak kedua menerusi jaringan R. Karnan pada minit ke-38 dan juga pemain utama mereka iaitu Hamizan Hamzah, 4 minit sebelum tamat perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN