KL City League: Pertembungan Diraja Pahang Saksikan FC Pirates Tewaskan Rebel FC

Saingan minggu kelima bagi KL City League menyaksikan aksi yang cukup rancak dari 4 perlawanan yang berlangsung.

Tumpuan terarah kepada perlawanan melibatkan 2 pasukan yang dianggotai oleh kaum kerabat diraja Pahang iaitu melibatkan FC Pirates menentang Rebel FC.

Dalam perlawanan yang dilangsungkan pada Selasa, FC Pirates berjaya menewaskan Rebel FC dengan jaringan 2-0.

Pirates berjaya mendahului pada babak pertama apabila Mulero Ibrahim dengan mudah menolak bola masuk ke dalam gol.

Beliau menolak bola hantaran lintang rendah daripada Jacque Faye dari sebelah kanan dengan cukup baik.

Bola yang diterima beliau ditolak tinggi ke dalam gol untuk memastikan penjaga gol tidak mampu melakukan apa-apa.

Gol kedua mereka tiba di separuh masa kedua menerusi jaringan Zulkifli Ishak.

Beliau berjaya mengambil kesempatan dari kegagalan pertahanan Rebel FC melakukan tampanan yang baik dan seterusnya merembat masuk bola untuk memberikan 3 mata kepada pasukannya.

Satu lagi aksi menarik ditampilkan oleh pasukan BOSS FC dan juga KL Galaxy.

Dalam aksi yang dilangsungkan pada Isnin, perlawanan yang cukup sengit dipamerkan oleh kedua-dua pasukan terutamanya BOSS FC.

BOSS FC mempunyai beberapa peluang untuk menewaskan Syed Adney di pintu gol KL Galaxy menerusi Wan Faiz dan juga Ridhuan Johan.

Namun bekas penjaga gol kebangsaan itu dengan mudah mengatasi segala percubaan itu.

Namun begitu, BOSS berjaya juga memecah kebuntuan apabila larian Hamizan Hashim berjaya melepasi barisan pertahanan KL Galaxy.

Beliau kemudiannya melakukan penyudah mudah untuk meletakkan pasukannya dihadapan pada separuh masa kedua.

Bersambung babak kedua, BOSS meneruskan tempo permainan panas dan penuh fizikal untuk mencari gol.

Hasilnya, Ridhwan yang pada mulanya gagal mendapatkan gol berjaya menewaskan Adney dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Rembatan yang menuju ke sebelah atas gol itu membuatkan Adney langsung tidak bergerak untuk memberikan jaringan kedua kepada BOSS.

KL Galaxy kemudiannya berjaya mendapatkan gol menerusi sepakan penalti.

Osoru Mannix dengan mudah menjaringkan gol dari jarak 12 meter untuk mengutip gol ketujuhnya musim ini.

Walaupun begitu, BOSS tetap berjaya menang dengan keputusan 2-1.

Berikut merupakan keputusan-keputusan lain:

  • Dekays Ox 7-0 KTKSI (Norhamizareef 8′, 28′, 51′, Aiedil 19′, Fitri 24′, Nurhafiz 31′, Akhir 43′)
  • Expected Toulouse 5-1 Thai Selangor (Wong Kah Heng 24′, 31′, 61′, 70′, Zechary 70+4’/Shukri Rosli 66′)

*Damansara Bulls tidak beraksi pada minggu ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN