Kisah Tragis Akibat Ritual Mengarut Buang Sial Mandi Di Sungai Penuh Buaya

Ritual mengarut di dalam bola sepak bukan perkara baharu. Ia boleh melibatkan pemain, jurulatih dan juga penyokong. Masing-masing pernah dikaitkan dengan kepercayaan dan ritual pelik masing-masing.

Seorang penyokong Liverpool berasal dari Kosovo misalnya sanggup menyimpan rambut dan tidak mengguntingnya selama 17 tahun sehingga Liverpool bergelar juara pada musim lalu.

Bekas jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri pula akan menggaru kemaluannya dalam usaha memburu nasib baik untuk memastikan pasukan kendaliannya menduduki kedudukan empat teratas liga.

Pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones pula akan memakai kasut kanan terlebih dahulu jika beraksi di Old Trafford dan akan memakai kasut sebelah kiri terlebih dahulu jika beraksi di gelanggang lawan.

Itu antara contoh kerpercayaan dan ritual pelik yang ada di dalam bola sepak.

Bomoh di Afrika

Namun demikian, ritual dan kejadian yang mengambil tempat di Zimbabwe 20 tahun lalu ini dianggap ekstrem kerana melibatkan nyawa pemain.

Afrika sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang gemar mengamalkan ritual dan percayakan perkara yang ghaib.

Bomoh atau ahli nujum ibarat satu pekerjaan profesional di benua tersebut.

Golongan ini menjadi rujukan untuk segala sesuatu oleh masyarakat sama ada kerana sakit, atau pun untuk menilik dan memiliki masa depan yang lebih baik.

Maka tidak hairanlah nujum dan bomoh dipandang tinggi di kalangan masyarakat di Afrika. Ini termasuklah oleh kelab-kelab bola sepak.

Tragedi Midlands Portland Cement

Pada Oktober 2008, seorang pemain dari kelab Midlands Portland Cement yang beraksi di Divisyen1 Liga Bola Sepak Zimbabwe Selatan Savana, hilang selepas mandi di Sungai Zambezi di wilayah tersebut.

Kejadian tersebut berlaku atas arahan jurulatih pasukan yang percaya mandi di sungai tersebut untuk membuang sial. Objektif utama ritual ialah untuk mengubah nasib, atau menambah aura/roh ‘juju’ di kalangan pemain dan pasukan.

Jurulatih pasukan tersebut mengarahkan 17 pemain untuk melakukan ritual tersebut, namun hanya 16 daripada pemain tersebut yang kembali ke tebingan sungai untuk mengambil pakaian masing-masing.

Menyedari salah seorang pemain telah hilang, laporan kepada pihak berkuasa pantas dilakukan. Gerakan mencari dan menyelamat pemain yang hilang turut dilancarkan, namun mangsa tetap gagal ditemui.

Sungai Zambezi sebenarnya terkenal dengan arusnya yang deras, dan populasi buaya serta badak air yang banyak. Kedua-dua haiwan liar tersebut adalah haiwan pemangsa dan disyaki turut bertanggungjawab akan kehilangan mangsa.

Mangsa berkemungkinan diserang oleh salah satu dari haiwan ini, atau pun lemas dihanyut arus deras.

Walaupun selepas insiden malang tersebut, kelab tersebut tetap meneruskan niat beraksi dalam aksi liga seterusnya, walaupun berdasarkan apa yang berlaku, ia jelas nasib malang telah menimpa pasukan itu.

Midlands bolehlah dianggap melalui musim yang malang selepas apa yang berlaku. Mangsa yang hilang juga gagal ditemui sehingga ke hari ini.

Insiden tersebut bukanlah satu-satunya insiden membabitkan pemain  bola sepak diserang buaya di Sungai Zambezi. Pada 2017, seorang pemain bola sepak dari Mozambique turut hilang dibaham buaya selepas menyertai latihan pasukan berdekatan sungai tersebut.

Penutup

Tidak semua ritual mengarut itu mengarah kepada perbuatan syirik dan salah di sisi agama. Ada juga perkara yang dilakukan kerana tabiat bertujuan untuk memberikan fokus terutama menjelang perlawanan.

Namun apa pun kepercayaan dan tabiat sehingga ia mengundang bahaya dan maut, ia sama sekali tidak boleh diamalkan sama sekali. Anda mengetahui ritual mengarut lain yang pernah ada di dalam bola sepak? Kongsikan dengan kami di platform tersedia.

 

 

Baca artikel menarik kami yang lain melalui pautan:

Ketahui Tradisi Pelik Cukur Rambut Di Amerika Selatan Yang Melucukan

Peru Guna Hikmat Bomoh Untuk Ke Rusia?

Dakyah Dunia Akan Tamat Jadi Sebab Sir Alex Bazir Masa 6 Tahun Cari Pengganti Schemeichel

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

One Comment

Leave a Reply