Kisah Roy Keane ‘Kecut Perut’ Dan Tolak Lamaran Real Madrid

Roy Keane mendedahkan beliau pernah menolak tawaran untuk menyertai Real Madrid pada penghujung kariernya.

Pemain dari Ireland itu menikmati karier menakjubkan dengan pelbagai kejuaraan bersama Manchester United sehinggalah pertengkaran dengan Sir Alex pada November 2005 mengakhiri segalanya.

Roy Keane pada ketika itu berusia 34 tahun dan berada pada penghujung karier sebagai pemain, namun masih menarik minat beberapa kelab eropah yang lain.

Salah satu daripadanya adalah Real Madrid, kelab yang Keane sering kali hadapi dalam pertandingan Eropah selaku kapten United.

‘The fearless captain’ untuk Man United. Foto: John Peters/Manchester United via Getty Images)

Selepas mendapat panggilan telefon, Keane dan penasihatnya telah ke Sepanyol untuk memeterai perjanjian, sebelum menubah fikiran.

“Michael [Kennedy] telah ke Madrid dan telah melakukan rundingan dengan Real. Mereka juga ada bercakap dengan saya. Butragueno menghubungi saya. Michael sebelum itu telah memberitahu bagawa Butragueno akan menelefon, jadi saya bawa telefon bimbit ke mana saja saya pergi.

“Dan – seperti sudah nasib – beliau menelefon ketika saya berada di tandas. Beliau berkata, ‘Kami gembira untuk anda bersama kami.’ Ia cuma tinggal Lembaga Pengarah Kelab untuk meluluskan urusan; ia adalah prosedur di mana-mana kelab.

“Saya mahu berkata ‘ -okay’, dengan rasa was-was. Kemudian saya berfikir Michael sudah ke sana, ‘Apa yang berlaku, Roy?”

“Ia adalah tawaran yang menjanjikan cabaran yang menakjubkan, tetapi akhirnya saya tidak menerimanya.

“Jika saya lebih jelas akan situasi tersebut, saya sepatutnya menjawab, ‘Pergi. Pergi sahaja ke Sepanyol, tinggallah di sana selama setahun setengah, belajar bahasa baharu, belajar budaya baru. Anda mungkin menyukainya. Malah anda mungkin akan menetap di sana.’

“Tetapi saya mengambil pendekatan negatid, dan sepatutnya berkata, ‘Ini amat menakjubkan, ia adalah peluang yang baik buat saya.’ Ia juga mungkin perkara yang baik untuk anak-anak. Cuaca dan latihan di sana mungkin akan menyegarkan saya untuk beraksi selama dua tahun lagi. Saya juga mungkin akan belajar teknik baharu.

“Malangnya -seperti kebiasaan- saya selalu melihat kepada apa masalah yang akan tumbul. Pada ketika itu ia dilihat seperti jawapan yang tepat.”

Selepas menolak tawaran menyertai Real, Keane akhirnya menyertai Celtic pada Januari 2006, sebelum bersara seleps beraksi 13 perlawanan untuk beralih ke bidang kejurulatihan.

Walaupun memiliki prospek menjadi sebahagian daripada ‘Galatico’, dan beraksi di samping pemain-pemain seperti Zinedine Zidane, Raul, Ronaldo dan bekas rakan sepasukan David Bekhham, Keane juga memilih untuk menjadi pemain yang mampu memberikan impak kepada pasukan

“Saya memilih untuk tidak ke Sepanyol. Perkara terutama kerana ketakutan- takut menjadi pemain ‘asing’. Dan saya meletakkan alasan di hadapan – keluarga, bahasa, pelajaran anak-anak. Bayangkan kalau saya ke Madrid dan berada di bilik persalinan. Ia bagaikan satu permulaan batu, dan saya tidak ada rasa mahu berbuat demikian. Saya telah melalui karier yang sukar. Secara fizikal, saya bergelut.

TURIN – FEBRUARY 25: Manchester United players David Beckham, Roy Keane and John O’Shea celebrate team-mate Ryan Giggs superb second goal during the UEFA Champions League Second Phase Group D match between Juventus and Manchester United held on February 25, 2003 at the Stadio Delle Alpi, in Turin, Italy. Manchester United won the match 3-0. (Photo by Phil Cole/Getty Images)

“Ia bukan hanya kerana beraksi untuk mereka semata-mata, Ia mengenai impak kepada kelab yang memberikan perbezaan.

“Itu antara kerisauan utama saya. Ketika meninggalkan United, saya sudah berusia 34 tahun, dan merupakan pemain yang berpengalaman.

“Real Madrid mungkin mahukan seorang pemain untuk melakukan peranan tertentu dan berada di tengah untuk beberapa perlawanan. Tetapi saya mahu memberikan impak kepada pasukan.”

Sepertimana pemain lain, siapa sangka Keane juga mempunyai masalah keyakinan diri. Siapa tahu, jika beliau lebih yakin, Roy Keane juga mungkin adalah sebahagian daripada sejarah Galatico

Baca artikel lain mengenai Roy Keane melalui pautan:

Gabriel Heinze Cerita Kisah Beliau Ditumbangkan Oleh Roy Keane Satu Ketika Dahulu

VIDEO: ‘Throwback’ Pergaduhan Antara Keane & Vieira Di Terowong Highbury Pada 2005

Dua Pemain Ini Buatkan De Rossi Enggan Sertai Manchester United

Leave a Reply