Kisah Public Bank Yang Pernah Muncul Naib Juara Liga Super 2004

Selain beberapa pasukan yang berstatus kelab dan dianggap kerdil seperti Selangor MPPJ FC, Sime Darby FC, MK Land FC, Felda United dan Telekom Melaka FC, satu lagi pasukan yang dianggap berjaya dan turut mencuri tumpuan dalam arena bola sepak tempatan ialah Selangor Public Bank FC.

Artikel ini akan mengupas mengenai prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan ini dalam aksi Liga Premier II dan Liga Super bagi musim 2003 dan 2004. Meskipun hanya beraksi dalam dua musim, pasukan ini mampu menggegarkan persada bola sepak negara satu masa dahulu.

Juara Liga Premier II (2003)

Dikenali sebagai The Bankers, pasukan ini menyertai Liga Malaysia bermula musim 2003 dengan terlebih dahulu beraksi dalam Liga Premier II. Skuad bimbingan E. Elavarasan ini cepat meraih kejayaan meskipun baru setahun berada dalam kancah Liga Premier II.

Ketika itu, saingan Liga Premier II di isi dengan 12 pasukan, manakala bagi saingan Liga Premier I pula di isi oleh 13 pasukan. Public Bank memulakan sepak mula saingan liga dengan bergaya dengan menundukkan pasukan Brunei di laman lawan 0-2 hasil 2 jaringan penjaring utamanya iaitu Milan Strelec.

Milan Strelec merupakan penyerang utama dalam saingan Liga Malaysia ketika itu selepas berjaya meledak 25 gol dalam saingan liga.

Beliau dilihat berda bersama-sama beberapa lagi nama-nama hebat pemain import ketika itu seperti Juan Manuel Arostegui (MPPJ FC), Daniel Watkins (Johor), Brian Bothwell (Brunei) dan Emerson Panigutti (Kuala Lumpur).

Begitu juga penampilan hebat beberapa pemain tempatan seperti Effendi Malek, Safee Sali, Azrin Shah Zainal, Haris Safwan dan Anuar Abu Bakar. Tidak ketinggalan, penyerang lagenda Selangor, Azman Adnan yang ketika itu bersama pasukan Negeri Sembilan dan berjaya menjaringkan 16 gol dalam saingan Liga.

Kehadiran Azman Adnan dan beberapa tonggak pasukan Negeri Sembilan seperti Anuar Jusoh, K. Rajan dan Suharmin Yusof menyaksikan pasukan ini dianggap sebagai pencabar utama kepada pasukan Public Bank. Namun, selepas 22 perlawanan, Negeri Sembilan hanya berpuas hati berada di tempat kedua dengan merekod 42 mata.

Sebaliknya, Public Bank berjaya menjuarai saingan Liga Premier II apabila merekodkan mata tertinggi dengan 53 mata hasil daripada 17 kemenangan sepanjang kempen liga.

Antara pemain-pemain tempatan yang banyak membantu kepada pencapaian menjadi juara Liga Premier II ini ialah seperti Paul Raj, M. Elango, S Paidiya Rau, Mohd Noor Derus, M. Chandran, Leong Hong Seng dan M. Eswaran.

Tidak dilupa, kehadiran seorang lagi tenaga import Public Bank, iaitu Ivan Ziga yang banyak merubah corak menyerang pasukan dan pemain ini turut membantu pasukan dalam merobek gawang lawan.

Naib Juara Liga Super 2004

Selepas muncul juara Liga Premier II pada musim 2003, Public Bank berpeluang beraksi dalam liga utama di Malaysia pada musim berikutnya. Tahun 2004 merupakan permulaan bagi satu lagi pertandingan peringkat liga yang kompetitif iaitu dilabel sebagai Liga Super.

Liga Super 2004 dianggap berprestij apabila hanya membenarkan 8 pasukan terbaik untuk merebut piala sulung ini.

Meskipun menjuarai Liga Premier II, Public Bank tidak diberi kelayakkan secara automatik untuk terus beraksi dalam Liga Super, malah perlu beraksi dalam saingan ‘play-off’ yang membabitkan pertembungan 8 pasukan.

8 pasukan ini diundi untuk bertemu dalam 2 pusingan dan Public Bank nyata cemerlang selepas menang dalam 2 perlawanan iaitu menewaskan Johor dengan agregat 4-6 dan menundukkan pasukan Johor FC dengan penentuan sepakan penalti selepas keputusan agregat adalah terikat 3-3.

Public Bank mengiringi satu lagi pasukan iaitu Sarawak yang turut menang 2 perlawanan bertemu Telekom Melaka dan Selangor MPPJ FC.

Sejumlah 21 perlawanan dilalui oleh 8 pasukan dalam Liga Super di mana perlawanan diadakan dalam 3 pusingan. Musim baharu ketika itu, Public Bank turut mengekalkan Ivan Ziga dan Milan Strelec serta membawa masuk penyerang import baharu dari Argentina iaitu Gustavo Fuentes dan pertahanan dari Australia iaitu Marko Rudan.

Public Bank membuka tirai liga dengan kemenangan di tempat lawan selepas menewaskan Kedah 3-4 hasil jaringan Hardi Ahmad, Ivan Ziga dan Gustavo Fuentes.

Namun begitu, pasukan ini menanggung kekalahan pertama pada perlawanan ketiga ke atas Pahang dengan jaringan 2-1 di Kuantan di mana gol Pahang dijaringkan oleh Lucas Cominelli dan Hairudin Omar manakala Strelec menyumbang gol untuk Public Bank.

Kehadiran Gustavo Fuentes sedikit menegelamkan ayam tambatan mereka musim 2003 (Strelec) apabila Fuentes berjaya menjadi penjaring terbanyak buat pasukan dengan meledak 11 gol.

Antara pemain-pemain tempatan yang di bawa masuk pada musim 2004 ini ialah V. Murugan, Aiman Wong Abdullah, Fatrurazi Rozi, Rashid Mahmud, Fareed Shah Hassan dan Wan Rohaimi Wan Ismail yang banyak membantu pasukan sehingga mencatatkan 11 kemenangan dan 5 kali seri yang membolehkan pasukan ini berada di tangga kedua sebagai naib juara Liga Super edisi pertama dibelakang Pahang.

Piala Malaysia 2004

Musim 2004 juga merupakan tahun yang dianggap baik buat pasukan Public Bank. Selepas menjadi naib juara Liga Super, pencapaian pasukan ini dalam saingan Piala Malaysia turut cemerlang apabila berjaya sampai ke saingan suku akhir.

Berada dalam kumpulan C, Public Bank menamatkan perlawanan peringkat kumpulan di tangga kedua di belakang pasukan Selangor sekaligus layak untuk beraksi diperingkat seterusnya.

Public Bank telah dijadualkan bertemu Kedah dipusingan suku akhir dan mereka mengejutkan pasukan elit itu apabila menang 2-0 pada perlawanan pertama di Bukit Jalil. Dua gol jaringan Milan Strelec dan Gustavo Fuentes sedikit memberi kelebihan psikologi buat pasukan sebelum bertandang ke Alor Setar untuk menghadapi perlawanan kedua.

Namun demikian, bekalan 2 gol itu nyata tidak mencukupi untuk menghantar Public Bank ke saingan separuh akhir apabila dibelasah 3-0 pada perlawanan pusingan kedua, hasil dua jaringan Marco Tavarez dan Cristiano Selbach.

Penutup

Meskipun hanya beberapa musim membuat penampilan dalam Liga Malaysia, pasukan Public Bank FC jelas meletakkan satu penceritaan manis buat landskap bola sepak di Malaysia.

Hanya berbekalkan jurulatih tempatan, pasukan ini nyata mampu kehadapan berbanding beberapa pasukan elit yang lain dalam saingan Liga Super.

Namun, selepas aksi yang agak mengecewakan pada musim 2005 di mana mereka hanya berada di tangga ketujuh liga, memungkinkan pasukan ini membuat keputusan untuk menarik diri dari bersaing pada musim berikutnya.

Kredit: Featured image (Abd Rahman Saleh)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN