Kisah Konspirasi Perpindahan Diego Maradona Ke Bramall Lane Yang Digagalkan Pemerintah Junta

Dunia bola sepak mengucapkan selamat tinggal kepada ikonnya Diego Maradona pada November tahun lalu.  Legenda bola sepak dunia itu meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Penghormatan untuk sang legenda tiba dari seluruh dunia sebagai penghargaan kepada impak yang pernah dibawa oleh bekas kapten Argentina itu sehingga jutaan penduduk bumi jatuh cinta dengan bola sepak.

Legenda Argentina dan Napoli

Maradona paling dikenali kerana apa yang beliau lakukan di suku akhir Piala Dunia 1986 menentang England yang menampilkan dua belah karakter luar biasa pemain itu.

Gol ‘Hand of God’ masih menghantui penyokong England sehingga ke hari ini, tetapi tetap diraikan di Argentina.

Manakala populasi dunia yang lain pula tabik untuk gol kedua oleh Maradona dalam perlawanan tersebut yang melarikan bola menewaskan hampir keseluruhan skuad The Three Lions, sebelum menjaringkan gol yang dilabel sebagai ‘Goal of the Century’.

Maradona berada pada tahap terbaik ketika beraksi bersama negaranya dan Napoli, sehingga mampu mengangkat kelab tersebut dari lubuk kemiskinan terdalam pada era tersebut sebagai juara Serie A sebanyak dua kali.

Semua itu dilakukan menggunakan magis dan keajaiban oleh Maradona yang dianggap genius bola sepak. Maka kerana itu tidak hairanlah mengapa beliau disamakan dengan tuhan, atau digelar ‘God of Football’.

Argentina jadi perhatian kelab Inggeris

Seperti juga Brazil, Argentina juga sering menjadi lubuk kelab-kelab eropah mencari bakat baharu. Kelab-kelab Liga Inggeris turut tidak ketinggalan.

Di sebalik kejayaan dan populariti yang direka oleh Maradona, tidak ramai yang tahu ia mungkin kelab Inggeris Sheffield United yang paling beruntung menikmati zaman kegemilangan pemain ini.

Tidak ramai yang mengetahui satu masa dahulu, Maradona sangat hampir menuju ke Bramall Mane pada musim panas 1978. Dan siapa boleh menjangkakan juga impak yang boleh dibawa oleh Maradona kepada bola sepak di England jika ia berlaku.

 

Pada ketika itu pelbagai kontroversi di dalam pasukan, menjelang Piala Dunia 1978 yang berlangsung di Argentina turut menarik perhatian dunia terhadap pemain-pemain pasukan ini.

Pengurus Sheffield United pada ketika itu, Harry Haslam dan pengarah kelab, John Hassle adalah antara mereka yang mengintai khidmat pemain dari negara Amerika Selatan itu bersama-sama dengan rakan sejawat dari Tottenham Hotspur, Keith Burkinshaw.

Ketiga-tiganya menaiki pesawat yang sama ke Buenos Aires dengan misi yang sama, mencari bakat baru berpotensi untuk dibawa beraksi bersama pasukan masing-masing.

https://twitter.com/JohonSchepe/status/1331646569544822790

Sheffield United sudah mempunyai perjanjian untuk mengikat Alejandro Sabella dan Pedro Verde dan turut mengintai untuk mengikat dua lagi pemain, Ossie Ardiles dan Ricky Villa.

Namun selepas rundingan dan perbincangan, Ardiles dan Villa dipersetujui akan menyertai Spurs di White Hart Lane.

Maradona beri harapan

Namun kekecewaan gagal mendapatkan Ardiles dan Villa mungkin boleh dirawat sekiranya Sheffield United berjaya mengikat penyerang berusia 17 tahun yang digugurkan dari skuad Piala Dunia Argentina pada ketika itu. Pemain yang dimaksudkan adalah Diego Maradona.

Malah Haslam dilaporkan telah menyaksikan sesi latihan Argentinos Juniors, dan teruja dengan apa yang beliau saksikan: “Saya mahukan pemain ini, berapakah harga yang perlu saya bayar?” Tanya Haslam kepada kelab pertama yang membangunkan bakat Maradona itu.

Akhirnya nilai £150,000 telah dicapai dan dipersetujui oleh Sheffield United dan Argentinos Juniors untuk Maradona menuju ke Bramall Lane.

Namun demikian campur tangan pihak ketiga di sebelah petang selepas pertemuan kedua-dua kelab menyebabkan urusniaga tersebut terpaksa dibatalkan serta merta.

Desakan anasir luar?

Setelah tiba di hotel penginapan selesai melengkapkan pernjanjian tersebut, Haslam sebenarnya sudah dinantikan oleh sekumpulan askar junta – pemberontak bersayap kanan yang menggulingkan Presiden Argentina sebelum berlangsungnya Piala Dunia 1978.

Malah ketika Argentina menganjurkan Piala Dunia 1978, Argentina sebenarnya di bawah pemerintahan tentera Junta yang turut dikaitkan dengan kehilangan Johan Cryuff dari skuad Belanda di kejohanan tersebut pada ketika itu.

Menurut laporan pihak Junta hanya akan membenarkan Maradona meninggalkan negara tersebut sekiranya Sheffield United bersetuju untuk membayar tambahan £150,000 di atasi nilai yang dibayar oleh kelab tersebut kepada Argentinos Juniors.

Pada ketika itu nilai sebegitu dianggap tidak masuk akal untuk seorang pemain berusia 17 tahun yang masih belum membuktikan kemampuan di tahap tertinggi.

Shefiield United dikatakan mampu dan tidak mempunyai masalah dari segi kewangan untuk memenuhi nilai terebut. Namun mengambil kira urusan tersebut mempunyai kaitan dengan politik dalaman Argentina yang tengah bergolak, Sheffield United kemudiannya bertindak membatalkan segala urusniaga.

Siapa tahu jika Maradona benar-benar ke Bramall Lane pada ketika itu dan tidak mengangkat Napoli, mungkinkah perjalanan Sheffield United di dalam sejarah bola sepak Inggeris akan berlainan sama sekali berbanding apa yang mereka lalui sekarang.

Apa-apa pun ia sekadar perkara pernah berlaku yang sekadar menjadi sebutan pada hari ini.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca artikel menarik lain mengenai Diego Maradona di sini:

Diego Maradona : “Pulangkan €2 Juta Milik Saya Yang Awak Curi!”

VIDEO: Analisis Ringkas Bagaimana Diego Maradona Atasi Perangkap Ofsaid

Pele vs Maradona: Legenda Manakah Yang Terhebat Di Antara Keduanya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN