Kisah Bagaimana Kenny Daglish Menjadi ‘Orang Tengah’ Kepada Persahabatan Celtic & Liverpool

Umum mengetahui bahawa Liverpool mempunyai talian persahabatan dengan ‘A German Team’ iaitu Borussia Moenchengladbach, manakala Celtic pula mempunyai jalinan persahabatan dengan Feyenoord.

Tetapi jarang orang faham tentang persahabatan di antara dua kelab gergasi England dan Scotland itu iaitu antara Liverpool dan Celtic dimana ianya dipanggil Dublin Decider.

Kerana Kenny Dalglish

Berdasarkan cerita yang diceritakan oleh warga Glagow dan Mersyeside, persahabatan antara Celtic dan Liverpool ini telah terjalin semasa era Kenny Dalglish masih lagi aktif bermain.

Ketika itu, Daglish merupakan bintang di Celtic yang telah berbakti banyak untuk kelab dari Glasgow tersebut dengan menjaringkan 112 gol dari 204 penampilan.

Rekod beliau di Celtic cukup cemerlang, beliau telah berjaya membawa Celtic muncul juara Scottish First Division sebanyak 4 musim iaitu ketika tahun 1972, 1973, 1974 dan 1977.

Dalglish juga berjaya menikmati kejayaan-kejayaan lain bersama Celtic apabila berjaya menjulang 4 gelaran Scottish Cup serta 1 gelaran Scottish League Cup.

Pelbagai kejayaan yang dicipta oleh Daglish untuk  Celtic telah menjadikan beliau pemain yang cukup disayangi oleh peminat mereka.

 

Pada tahun 1977, penyokong Celtic digemparkan apabila Liverpool ingin membeli pemain kesayangan Celtic itu. Namun begitu, pihak Celtic dengan berat hati telah menyerahkan pemain itu kepada Liverpool.

Tetapi pada 10 Ogos 1977, Daglish sah ke Liverpool dengan rekod perpindahan Britain ketika itu iaitu £440 ribu.

Keputusan yang dibuat oleh Celtic itu ternyata keputusan yang tidak popular dalam kalangan para peminat Celtic.

Namun begitu, tanpa disedari perpindahan Daglish ke Liverpool itu telah menjalinkan satu hubungan yang baik antara 2 kelab ini.

Daglish telah menjalinkan hubungan persahabatan antara Jock Stein yang merupakan pengurus Celtic ketika itu dengan pengurus Liverpool pada waktu tersebut, Bob Paisley.

Akhirnya talian persahabatan antara Liverpool dan Celtic juga terjalin sejak tahun 70-an.

Sahabat selamanya

Dalam bola sepak, terma ‘Battle of Britain’ sering merujuk kepada pertemuan diantara mana-mana kelab Scotland dan England atau melibatkan pasukan kebangsaan Scotland dan England.

Celtic dan Liverpool juga tidak terkecuali, mereka pernah bertemu di peringkat kompetitif satu masa dahulu.

Jika pada era millenium, kedua-dua pasukan pernah bertemu di UEFA Cup (kini Europa League) pada 2003 yang menyaksikan Celtic menang dengan aggregat 3-1.

Kali terakhir mereka bertemu adalah ketika perlawana Dublin Decider yang berlangsung pada 2013 di Dublin, Ireland.

Dublin Decider merupakan satu perlawanan pra-musim melibatkan Celtic dan Liverpool.

Ternyata talian persahabatan ini belum lagi terputus kerana kedua-dua penyokong bersama-sama menyanyi lantang semasa memasuki perkarangan stadium.

Penyokong kedua-dua pasukan juga saling sahut-menyahut ketika menyanyi lagu chants masing-masing, menghasilkan suasana yang menakjubkan terutamanya ketika kedua-dua penyokong menyanyikan lagu You’ll Never Walk Alone bersama-sama.

Walaupun Liverpool tewas ditangan Celtic dengan jaringan 1-0, mereka tidak bertindak liar dan semasa perlawanan dimainkan tiada sebarang masalah yang berlaku.

Ini terbukti mitos yang mengatakan bahawa Celtic dan Liverpool itu berkawan.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Sufi Zulkarnain yang merupakan peminat setia Celtic. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].

Baca juga: Brian Clough: Ahli Magis Yang Membawa Keajaiban Kepada Derby County & Nottingham Forest

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN