Kisah Barcelona Ingkar Dan Mahu Kejohanan Diteruskan Di Sebalik Wabak Pembunuh

Seminggu lalu Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu mengumumkan segala aktiviti melibatkan skuad utama dan kakitangan kejurulatihan Barcelona dihentikan akibatpenularan wabak coronavirus.

Ia bukan kepurusan mengejutkan tatkala La Liga sudah mengambil pendekatan untuk tidak meneruskan saingan domestik di negara tersebut buat masa ini.

Ia adalah sebahagian usaha untuk melindungi semua pihak, khususnya rakyat Sepanyol dari penularan wabak yang telah membunuh lebih 6,000 orang di seluruh dunia.

Seperti langkah yang diambil oleh kelan lain, Barcelona turut akur dengan keputusan La Liga untuk menghentikan segala aktiviti berkaitan bola sepak buat masa ini.

Kisah 100 tahun lalu

Namun lain kisahnya yang berlaku kita-kira 100 tahun yang lalu.

Presiden Barcelona ketika itu ialah Joan Gamper, bertindak melawan arus apabila ingkar arahan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) untuk menggantung semua perlawanan kerana ancaman wabak – seperti pada hari in.

Pada zaman itu saingan domestik seperti La Liga belum lagi diadakan. Barcelona sebagai sebuah kelab bola sepak terbesar dan paling berpengaruh di Wilayah Catalonia menganjurkan Kejohanan Catalan XV.

Sama seperti hari ini, satu lagi wabak pembunuh dikenali sebagai ‘Spanish Flu’ sedang menular menyerang penduduk dunia.

Tidak boleh dipastikan bagaimana nama ‘Sepanyol’ dikaitkan dengan nama wabak tersebut. Itu kerana asal usul wabak tersebut juga kurang jelas dengan laporan kes terawal adalah dari China, Perancis dan Amerika Syarikat.

Tidak kurang 50 juta penduduk dunia dan angka tersebut mungkin mencapai 100 juta (tiada rekod jelas ketika itu) telah menjadi korban, menjadikan ia sebagai antara wabak pembunuh paling bahaya pernah berlaku sehingga ke hari ini.

Sama seperti langkah yang telah diambil pelbagai pihak berkuasa setiap negara pada hari ini, pelbagai acara, perhimpunan awam, dan kejohanan sukan telah dibatalkan di seluruh dunia pada ketika itu.

Keadaan sangat teruk dan digambarkan melalui laporan pada 17 Oktober 1918 yang melaporkan 36 kematian di Barcelona akibat influenza dan 10 pneumonia serta bronchopneumonia – penyakit yang berkait ‘Spanish Flu’.

Jumlah tersebut terus meningkat mendadak kepada 207 pada esoknya, dan 289 lagi kematian direkodkan pada hari ketiga.

Disebabkan keadaan yang semakin meruncing, kerajaan Sepanyol selepas dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan supaya perlawanan bola sepak di seluruh negara turut dihentikan.

Aktiviti dan industri lain melibatkan perfileman yang sedang berkembang maju pada ketika itu turut terjejas akibat panggung wayang dan venue-venue lain turut dipaksa ditutup.

RFEF terpaksa akur kepada arahan kerajaan dan arahan sama turut dikeluarkan kepada semua kelab bola sepak pada ketika itu.

Anehnya, kelab-kelab bola sepak yang terlibat dengan Kejohanan Catalan XV anjuran Barcelona pada ketika itu berpendapat arahan tersebut tidak adil kepada bola sepak.

Bagi mereka, bola sepak adalah sukan yang diadakan di tempat terbuka dan sepatutnya selamat, berbeza dengan acara yang diadakan di tempat tertutup dan memudahkan penularan wabak.

Barcelona bantah

Kerana rasa tidak puas hati, sebuah Joan Gamper menubuhkan sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh dirinya sendiri untuk mencabar keputusan tersebut oleh RFEF dan kerajaan Sepanyol.

Antara hujah yang ditampilkan adalah mengapa sukan lain seperti olahraga dan tenis tidak terkesan seperti bola sepak. Dua sukan ini turut dimainkan di arena terbuka.

Akhirnya Kementerian Kesihatan Sepanyol terpaksa akur dengan desakan suruhanjaya diketuai oleh Joan Gamper, dan membenarkan kejohanan tersebut untuk diteruskan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram