Kisah Alan Shearer Tolak Tawaran Jadi Red Devils Sebelum Bergelar Legenda Newcastle United

Bekas Pengerusi Newcastle United era 90 an, Freddie Sheperd merungkai kembali perjalanan karier Alan Shearer ke Newcastle United dan bagaimana pemain itu menjadi lagenda di St.Jame’s Park.

28 tahun yang lalu, bekas bintang Blackburn Rovers dan England menolak tawaran untuk ke Old Trafford untuk menyertai Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum musim 1996-1997.

Daripada Dapur Sebuah Ladang

Sebelum itu, Alan Shearer telah membantu Blackburn Rovers untuk muncul juara EPL pada musim 1994-1995, menjaringkan sejumlah 37 gol daripada 48 penampilan dalam semua pertandingan.

Siapa yang menjangkakan. Keputusan untuk menyertai Newcastle United diputuskan di sebuah dapur sebuah rumah ladang di England?

(Photo by Matthew Lewis/Getty Images)

Ianya berlaku di rumah ibu kepada David Platt pada musim panas 1996.

Kisah Alan Shearer turut pernah disiarkan di siaran SkySport1 dalam satu temubual eksklusif bersama Freddie Shepherd, individu yang bertanggungjawab membawa beliau ke St. Jame’s Park beberapa tahun lalu.

Tiga individu berada di ruang dapur  ibu David Platt pada ketika itu, Pengerusi Magpies, Freddy Shepherd, Kevin Keegan dan juga akauntan serta wakil Bank Barclays kepada kelab Newcastle United.

Ketika ditawaran itu dilontarkan kepada Shearer, beliau hanya bertanyakan satu soalan.

(Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

“Bolehkah saya memakai jersi No.9?”

Kevin Keegan yang berada di penjuru dapur tanpa melengah terus menjawab.

“Jersi No.9 milik awak.”

Maka bersetujulah Alan Shearer untuk ke Newcastle United. Namun ia tidaklah semudah itu.

Peranan Freddie Shepherd

Freddy Sheperd yang merupakan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan perpindahan itu terjadi mengenang kembali pembelian pada tahun 1996 tersebut.

“Shearer adalah pembelian terbaik yang pernah dilakukan. Bolehkah Newcastle United melakukan pembelian yang berbaloi sebegini sekali lagi?”

“Bolehkah anda (pengurusan Newcastle United) membawa seorang lagi Alan Shearer?”

(Photo by Serena Taylor/Newcastle United via Getty

“Sebenarnya saya melakukannya sebanyak dua kali. Pembelian Alan Shearer ke Newcastle untuk kali kedua berbentuk patung tembaga yang berdiri gah di luar stadium,” ujar Shepherd sambil berseloroh.

Patung berbentuk Alan Shearer didirikan di perkarangan Stadium St.Jame’s Park untuk mengenang kehebatan pemain yang pernah menaikkan kelab yang berpengkalan di Newcastle upon Tyne itu.

Latar Belakang 

Alan Shearer, kini berumur 51 tahun dilahirkan di Gosforth, Newcastle. Ayahnya Alan adalah seorang pekerja di kilang besi.

Ibunya, Anne Shearer dan ayahnya Alan adalah pendorong utama untuk beliau bermain bola sepak.

(Photo by Paul Marriott/EMPICS via Getty Images)

Pada zaman mudanya, Shearer gemar bermain di posisi ‘midfield’. Ini adalah kerana posisi di bahagian ini akan membuatkan beliau lebih kerap terlibat dalam permainan.

Seperti anak-anak yang lain pada era 70 dan 80 an, Shearer kerap meluangkan masa untuk bermain di jalanan bersama rakan-rakan yang sebaya dengan beliau.

Di zaman remaja, Shearer menyertai sebuah kelab amatur, Wellsend Boys Club sebelum bakatnya ditemui oleh Southampton!

Alan Shearer Dan Newcastle United

Freddy Sheperd turut mengenang saat membawa Shearer untuk kembali ke bandar kalahirannya.

“Hati Alan sentiasa berada di Newcastle. Tidak ada pemain lain yang saya pernah temukan seperti Alan Shearer.”

Mandatory Credit: Stu Forster /Allsport

“Kebanyakkan pemain datang bermain kerana tawaran kewangan atau demi karier masing-masing. Alan menolak semua itu dan menyatakan kepada saya bahawa dia menyertai kami untuk pulang ke tempat asalnya.”

Era Alan Shearer berada di Newcastle United adalah tempoh kegemilangan kelab Geordies tersebut.

Mereka bersaing di kelompok puncak liga, dengan corak permainan menghiburkan yang diterap oleh Kevin Keegan.

(Photo by David Hewitson/EMPICS via Getty Images)

Penguasaaan mereka berada di dalam padang, juga di luar padang. Alan Shearer adalah penyerang paling berbisa di Eropah pada ketika itu. Kehadiran beliau adalah idaman setiap pasukan.

Nama Alan Shearer dan Newcastle United kerap kali menghiasi muka depan ruangan sukan akhbar di Eropah mulai pertengahan 90 an.

Bintang Tumpuan

Kemuncak prestasi Alan Shearer ialah pada ketika beliau berumur 25 tahun. Beliau memenangi kejuaraan EPL dan menjaringkan 34 gol pada musim itu bersama Blackburn Rovers.

Kemunculan dan aksi Alan Shearer dalam kejohanan Euro 96 di England menaikkan lagi nama penyerang sensasi Geordie ini.

(Photo by Professional Sport/Popperfoto/Getty Images)

Inter Milan dan Manchester United adalah anatara dua kelab gergasi yang mempunyai tawaran berada di atas meja Shearer, selesai kejohanan rantau Eropah berkenaan.

Seorang Geordie tetap seorang Geordie. Shearer membuat keputusan untuk kembali ke tempat asal usul keluarganya.

Perpindahan Alan Shearer ke Newcastle United jelas memberi impak sehingga kini. Sayang sekali mereka gagal untuk menjulang kejuaraan EPL.

(Photo by Lutz Bongarts/Bongarts/Getty Images)

Newcastle United muncul sebagai naib juara EPL sebanyak dua kali iaitu pada musim 1995-1996 dan 1996-1997 ketika Shearer bersama dengan mereka.

10 tahun setelah bersama dengan Newcastle United, Alan Shearer telah tampil sebanyak 395 kali dan menjaringkan sejumlah 206 gol untuk Newcastle United.

Rekod ini menjadikan Alan Shearer sebagai pemain yang paling berpengaruh di St.James Park walaupun selepas generasi dan era beliau sebagai pemain.

Shearer tolak Red Devils

Mengenang kembali bagaimana Shepherd menewaskan bidaan dan tawaran daripada Manchester United, beliau tersenyum sinis sebelum menjelaskan dalam wawancara berkenaan.

Shepherd mendedahkan beliau telah membuat panggilan kepada CEO Manchester United pada masa itu, Martin Edwards.

Ideanya ialah supaya bidaan dari Old Trafford tidak boleh melebihi £10 juta ataupun dia akan menelefon untuk memarahi pesaingnya di Old Trafford itu.

Bagaimanapun, Martin Edwards tidak bersetuju dengan langkah yang dicadangkan oleh Shepherd.

Mandatory Credit: Robert Cianflone/ALLSPORT

“Oh, kami akan melakukan bidaan lebih dari itu jika perlu,” ujar Edwards kepada Shepherd.

Kerana berang dengan jawapan Edwards, Shepherd lantas menjawab:

“May the best man wins!”. Beliau menghempaskan telefon kerana marah dengan Edwards.

Shepherd tidak membuang masa selepas perbualan tersebut. Beliau lantas menghubungi pemilik Blackburn (Jack Walker) dan menyatakan kesediaan untuk membayar sejumlah £15 juta untuk khidmat Shearer.

(Photo by Ross Kinnaird/EMPICS via Getty Images)

“Saya terima tawaran itu. Bagaimanapun Manchester United mungkin akan menawarkan jumlah yang lebih banyak,” ujar Jack Walker.

“Dua kali pembayaran berjumlah £7.5. Yang pertama adalah sebagai pendahuluan,” jawab Shepherd mengenang kembali perbualan tersebut.

“Tidak! Semua bayaran £15 juta harus dibayarkan sekaligus!” tegas bekas pemilik Blackburn Rovers itu lagi.

“Apa? Amaun itu adalah rekod dunia!” ujar Shepherd.

Penyelamat Impian

Alan Shearer berada di ceruk dapur dalam keadaan berpeluh. Beliau risaukan impiannya untuk kembali ke bandar asal kediamannya punah.

Namun Shepherd dan Shearer menarik nafas lega dengan jawapan akauntan daripada Bank Barclays yang turut sama berada di ruang dapur rumah David Platt.

“Tidak mengapa. Kita bayar mereka jumlah £15 juta tersebut.”

(Photo by Serena Taylor Newcastle United via Getty

Shepherd mendedahkan bahawa beliau hampir pengsan mendengar jawapan daripada akauntan Barclays tersebut. Beliau turut menyifatkan bantuan tersebut sebagai sesuatu yang bernasib baik.

“Ketika kami berkunjung ke Thailand untuk latihan pra musim, perkhabaran Alan Shearer menyertai Newcastle United sudah diketahui umum.”

“Ketika menjawab soalan daripada wartawan, saya sempat berseloroh.”

“Kami telah membeli Alan Shearer namun kami membuatkan Shearer menjadi sup!”

‘The Rest Is History’

Freddie Shepherd membiarkan ia menjadi spekulasi untuk tempoh 10 minit ketika sidang media berkenaan sebelum mengesahkan khabar angin yang telah bertiup kencang.

Alan Shearer disahkan sebagai pemain Newcastle United secara rasmi di Thailand.

Selepas itu kita semua tahu kisah kehebatan seorang poacher, berjersi No.9 di posisi selayaknya no.9 dan mempunyai penyudah yang tajam!

True Geordie!

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply