Kisah 10 Kes Pengambilan Dadah Libatkan Bintang Bola Sepak Dunia

Dadah dalam bola sepak bukanlah salah laku yang baru. Ia sudah banyak sekali berlaku. Dadah dalam bola sepak adalah gejala yang membawa padah. Berikut adalah 10 kes yang melibatkan nama-nama besar dalam bola sepak.

1. Edgar Davids

Bekas pemain Belanda ini sudah pun bersara pada 2014. Beliau kini menumpukan perhatian kepada karier kejurulatihan.

Karier beliau pernah calar pada 2001 kerana didapati positif steroid nandrolone ketika di Juventus. Beliau digantung 16 bulan. Ini bermakna beliau tidak boleh bermain pada Piala Dunia 2002.

Edgar Davids membuat rayuan dan membolehkan hukuman dikurangkan kepada 4 bulan. Beliau berkata, unsur itu ada dalam badan beliau kerana sesi rawatan homeopati.

Oleh itu Davids akhirnya berjaya mengelak daripada terlepas Piala Dunia 2002.

2. Jake Livermore

Pada 2015, Jake Livermore dikenakan penggantungan selepas positif dadah jenis kokain. Beliau digantung serta merta sebaik sahaja didapati positif dadah tersebut pada Mei 2016.

Livermore menyatakan beliau sangat tertekan selepas kehilangan anaknya (new born). Beliau berterima kasih kerana ditangkap lebih awal. Jika tidak karier beliau pasti lebih teruk.

Livermore mengakui terhutang budi dengan pengurus Hull ketika itu, Steve Bruce dan pemilik kelab Assem Allam yang terus memberikan sokongan dari segi moral kerana mereka tahu Livermore terlalu muda untuk menerima tragedi itu.

Mereka juga tetap tidak menyokong tindakan Livermore yang mengambil dadah untuk menyelesaikan masalah. Dengan itu, Hull City telah mengenakan penggantungan ke atas Livermore.

3. Stan Lazaridis

Bekas pemain kebangsaan Australia ini dikenakan penggantungan setahun pada 2017 selepas didapati positif ubat terlarang anti-androgen Finasteride.

Beliau tidak tahu yang dadah jenis tersebut dilarang kerana beliau sudah lama mengambilnya atas nasihat doktor untuk melawan alopecia (rambut botak).

PERTH, AUSTRALIA – JULY 30: Stan Lazaridis of the Glory talks with media after the round three A-League Pre-Season Cup match between the Perth Glory and Adelaide United at Dorrien Gardens July 30, 2006 in Perth, Australia. (Photo by Paul Kane/Getty Images)

Selepas menerima notis penggatungan, Lazaridis mengumumkan persaraan beliau. Ini kerana ketika itu beliau sudah berusia 34 tahun, bermain untuk Perth Glory.

4. Deco

Ini adalah kes unik. Beliau digantung selepas bersara. Tetapi Deco tetap memilih untuk membuat rayuan ke atas penggantungan tersebut.

Deco didapati positif furosemide pada Mac 2013. Beliau terus bermain bola sepak ketika keputusan ujian beliau dikeluarkan. Jadi, sebaik sahaja beliau umumkan persaraan, hukuman penggantungan dikenakan ke atas beliau.

Deco mengaku tidak bersalah kerana beliau hanya mengambil vitamin. Deco berharap kes itu dibuka semula dan penggantungan ke atas beliau ditarik. Namun beliau gagal dalam rayuan tersebut.

5. Abel Xavier

Abel Xavier pernah dikenakan penggantungan 18 bulan kerana anabolic steroids. Beliau didapati positif bahan terlarang selepas ujian rawak kepada beliau selepas perlawanan Piala Uefa (UEL) 2005 dengan Middlesbrough.

Beliau terlepas banyak perlawanan penting musim tersebut.

6. Adrian Mutu

Ini antara kes yang popular satu ketika dahulu. Pemain nakal Adrian Mutu dianggap merosakan potensi karier beliau sendiri dengan pelbagai jenis kontroversi, termasuk didapati positif kokain.

Beliau digantung 7 bulan dan denda £20,000 oleh FA England. Selepas peristiwa itu, Adrian Mutu terus bergelut dengan prestasi beliau.

7. Kolo Toure

Pada 2011, Kolo Toure dikenakan penggantungan oleh FA England selepas didapati positif dadah bendroflumethiazide yang digunakan untuk mengurangkan berat badan.

INNSBRUCK, AUSTRIA – JULY 17: Kolo Toure of Manchester in action during the preseason friendly match between Manchester City during a preseason friendly match between Manchester City and Dynamo Dresden at Tivoli Neu on July 17, 2012 in Innsbruck, Austria. (Photo by Johannes Simon/Getty Images)

Namun panel penilai menerima rayuan Kolo Toure dengan mengambil kira beliau menggunakan ia sebagai kaedah perubatan untuk kawal berat badan. Beliau hanya digantung 6 bulan daripada potensi dihukum 2 tahun.

8. Chris Armstrong

Pemain ini baru berusia 23 tahun ketika ditangkap positif dadah pada 1995. Beliau adalah pemain EPL pertama yang digantung kerana masalah doping.

Chris Amstrong didapati positif marijuana. Dia ada masalah ketagihan ganja. Chris Amstrong diarahkan untuk menghadiri pemulihan dan kembali semula ke dalam padang kurang sebulan daripada tarikh beliau digantung.

Tahun yang sama, selepas Crystal Palace tersingkir, Amstrong ditandatangani oleh Tottenham Hotspur dengan nilai £4.5 million.

Menjadikan beliau pemain termahal pernah dijual Palace ketika itu.

9. Byron Moreno

Ini adalah pengadil kontroversi pada Piala Dunia 2002. Selepas kontroversi pengadilan melibatkan Itali dan Korea Selatan, Moreno muncul dengan kontroversi sekali lagi beberapa tahun selepas itu.

Pada September 2010, Moreno telah terbang ke Lapangan Terbang JFK di New York untuk menguruskan pertunangannya. Moreno hidup mewah dan kaki perempuan. Pada masa yang sama Moreno mahu menyelesaikan penceraian dengan isterinya.

Ketika cuba melepasi pemeriksaan kastam, Moreno nampak sangat gelisah. Pegawai kastam Lapangan Terbang JFK memeriksa badan Moreno dan mendapati ada objek keras di bahagian perut, belakang dan paha.

Rupa-rupanya Moreno cuba menyeludup 6 kg heroin yang dimuatkan dalam 10 paket. Pada Januari 2011, dia mengaku bersalah dan berhadapan dengan hukuman sehingga 10 tahun. Peguam Moreno menyatakan Moreno ada masalah hutang yang teruk.

Beliau dibebaskan lebih awal kerana berkelakuan baik dan banyak membantu pegawai penjara dalam aktiviti rekreasi.

Di Itali, Moreno tidak pernah mendapat kemaafaan di sana. Gigi Buffon, ketika ditanya wartawan tentang komen beliau ketika Moreno ditahan kerana heroin. Buffon menjawab:

“6 kilo dadah? Dia sudah membawanya pada 2002. Tapi bukan dalam seluar dalam, ianya dalam sistem pengadilan dia.”

10. Diego Maradona

Ini adalah kes paling berprofail tinggi melibatkan dadah dalam bola sepak. Maradona ditangkap positif dadah sebanyak 2 kali dalam karier beliau.

Pertamanya adalah pada 1991 dengan Napoli. Beliau digantung 15 bulan. Maradona meninggalkan Itali dan menyertai Sevilla selepas itu.

Paolo Maldini
Paolo Maldini, Italy (l) and Diego Maradona, Argentina (r) (Photo by Peter Robinson – EMPICS/PA Images via Getty Images)

3 tahun selepas itu, dalam temasya Piala Dunia 1994, Maradona gagal sekali lagi dalam ujian dadah. Beliau sempat bermain 2 perlawanan dalam temasya tersebut dan kemudian dihantar pulang.

Maradona antara pemain yang memang banyak kontroversi di sebalik kehebatan beliau di dalam padang.

Kesimpulannya, jangan dekati dadah terlarang walaupun apa jua alasan, profesion dan bidang anda. Dalam kes seperti Jake Livermore, beliau sendiri mengakui ianya tindakan bodoh. Jika anda ada masalah depresi, dapatkan bantuan segera.

Jika anda perlukan ia untuk perubatan, pastikan ia dimaklumkan dan dibenarkan oleh badan pengendali bola sepak.

Jika ia tak dibenarkan dan seorang pemain perlukan dadah (ubatan) tersebut, mungkin mereka terpaksa melupakan karier bola sepak kerana kesihatan adalah lebih penting.

Bagi yang mengambil dadah hanya untuk melepaskan ketagihan dan keseronokan, ia adalah perbuatan yang tidak baik.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai dadah:

Peminat Terkejut Maradona Sertai Kelab Milik Keluarga Kartel Dadah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN