Kipre Tchetche Kepada Melaka United, Jaga-Jaga Kebangkitan Kedah

Kpah-Sherman-Tchetche-Kipree-Kedah-2020

Penjaring terbanyak Kedah, Kipre Tchetche menjanjikan aksi terbaik dan Kedah akan kembali bangkit mengubati kekecewaan tewas kepada Pahang, minggu lalu.

Mengharapkan tiada lagi kesilapan ketika menentang Melaka United, aksi minggu lalu itu akan dijadikan pengajaran untuk mereka memburu kedudukan kedua terbaik CIMB Liga Super 2020 menjelang baki dua perlawanan terakhir liga sahaja.

Kedah berpeluang untuk memintas Perak di kedudukan kedua ketika ini dengan 18 mata, sekiranya berjaya menundukkan skuad Hang Tuah di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam ini. Ketika ini, Helang Merah menduduki kedudukan ke-4 liga.

Tentunya sentuhan pemusnah Kipre Tchetche amat ditagih oleh Aidil Sharin bagi membolehkan mereka kembali ke posisi untuk layak ke kejohanan peringkat Asia musim hadapan. Beliau telah meledak tujuh gol peribadi sehingga kini.

hadin azman kipre tchetche kedah felda united liga super 2020
Peledak utama pasukan ketika ini, Kipre Tchetche cemerlang kemudi jentera serangan Kedah. FOTO: FA Kedah

Bercakap kepada Berita Harian, pemain berusia 32 tahun itu berpendapat yang jaringan gol bukanlah keutamaan buat dirinya ketika ini – memburu kasut emas, kerana kemenangan akan diraih melalui permainan secara berpasukan.

Mengakui yang sememangnya jumlah gol tetap memberi lonjakkan motivasi buat dirinya, namun ketika ini, misi bersama pasukan lebih diutamakan. Kedah akan berdepan dengan pencabar terdekat, Perak pula pada minggu depan.

Katanya tentang pertembungan malam ini, “Kami tidak mahu silap lagi apabila bertemu Melaka United. Kekalahan kepada Pahang sebelumnya membuka ruang untuk Kedah bangkit kembali biarpun terpaksa beraksi di gelanggang berkecuali.”

“Sebagai penyerang, memang tugas saya mencari seberapa banyak gol, namun saya tidak meletakkan kepentingan jaringan peribadi sebagai perkara utama kerana usaha secara berpasukan merupakan aspek lebih penting,” tambahnya lagi.

Kipre Shakir Terengganu FC Kedah
Musim lalu, bersama Terengganu FC, Kipre Tchetche meledak 6 gol dalam 22 penampilan liga. FOTO: Bernama

Sejak liga mula bersambung pada penghujung Ogos lalu, penyerang asal Ivory Coast itu masih belum berhenti meledak dan Kedah juga melalui lima perlawanan tanpa kekalahan sebelum dikejutkan Pahang 2-1 dalam aksi minggu lalu.

Walaupun beliau berjaya meledak gol awal untuk Kedah mendahului aksi ke-9 liga itu, Tok Gajah bangkit mengejar dengan dua gol menerusi jaringan Adam Reed dan Nik Sharif Haseefy untuk menghadiahkan kekalahan pertama buat lawan.

Bercakap mengenai tujuh jaringannya yang sudah melebihi jumlah jaringannya musim lalu bersama TFC – enam gol dalam 22 aksi, Kipre Tchetche berkata, “Saya bersyukur kerana dapat membantu Kedah dan menghasilkan jumlah tujuh gol setakat ini.”

“Tetapi apa yang lebih penting buat saya adalah kejayaan pasukan mendapatkan kemenangan memandangkan saingan sangat sengit untuk merebut tempat kedua liga,” tambahnya lagi mengenai pertembungan dengan Melaka United malam ini.

KREDIT FEATURED IMAGE: FA KEDAH

Baca lagi artikel mengenai Kipre Tchetche dan Kedah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN