Stubapp Perkenal Mesin Kiosk Fizikal Jualan Tiket Bola Sepak

Peneraju aplikasi jualan tiket acara sukan dan hiburan, Stubapp memperkenalkan kiosk mesin jualan tiket fizikal yang dibangunkan bersama Malsic Technology Sdn Bhd.

Demostrasi penggunaan kiosk jualan tiket berkenaan turut disaksikan oleh Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Md Ikshan yang  menjadi tetamu kehormat ke Kuala Lumpur Youth Football Fiesta, beberapa bulan yang lalu.

Menurut pengasas dan ketua pengarah operasi Stubapp, Faisal Karim tujuan mesin jualan tiket berkenaan diperkenalkan adalah untuk menyelesaikan keluhan peminat sukan yang mahu membeli tiket secara atas talian, namun tidak mahir dengan perkhidmatan perbankan online dan tidak mempunyai kad kredit.

“Kami sering mendapat feedback dari pengguna yang ia agak susah bagi mereka membeli tiket dari apps kami kerana terpaksa membeli kredit MOL Pay secara tunai di kedai serbaneka, sebelum boleh membuat pembayaran dalam aplikasi kami,” jelas Faisal.

Menurut Faisal lagi, kehadiran mesin jualan tiket fizikal benar-benar dimahukan oleh penyokong bola sepak tempatan kerana ia lebih meyakinkan bagi mereka yang masih sangsi dan ragu-ragu dengan kes-kes penipuan pembelian tiket atas talian.

Mengulas mengenai pembelian tiket melalui aplikasi Stubapp, Faisal berkata,

“Terdapat juga sebahagian masyarakat yang tidak gemarkan tiket yang diberi secara digital kerana mereka perlu mencetak sendiri tiket tersebut, dan ada juga yang tidak gemar mendapat tiket yang hadir dalam system barkod kerana kurangnya ‘feel’ kerana mereka tidak boleh menyimpan tiket tersebut sebagai kenang-kenangan.”

Kini pengguna hanya perlu pergi ke kiosk berkenaan dan memilih jenis tiket dan kawasan tempat duduk yang dikehendaki melalui skrin sentuh yang disediakan.

Selepas mengesahkan pembelian, pengguna boleh membayar harga tiket berkenaan menggunakan wang tunai atau transaksi perbankan online dan tiket akan dicetak selepas proses pembayaran selesai.

Antara kelebihan lain yang dimiliki oleh kiosk berkenaan adalah ia membenarkan penyokong bola sepak membeli tiket beberapa minggu lebih awal dari yang dijual di kaunter tiket biasa.

Malah, ia juga menggunakan interface yang mudah untuk digunakan selain pembelian mampu dilakukan tanpa menggunakan wang tunai.

Stubapp adalah aplikasi pintar yang khusus dalam penjualan tiket, yang mengutamakan penjualan tiket acara sukan dan hiburan.

Stubapp kini telah menyediakan perkhidmatan ini kepada lebih 100 acara bola sepak professional dan acara hiburan dengan lebih 100,000 tiket terjual. Aplikasi Stubapp di peranti iOS dan android juga telah dimuat turun lebih 25,000 kali di Apps Store dan Google Play.

“Kami bercadang untuk meletakkan mesin ini di Stadium Cheras, Kuala Lumpur untuk sesi percubaan apabila sistem ini benar-benar sedia kelak, sebelum memperluaskan penggunaannya di lokasi-lokasi lain di seluruh negara” kata Faisal sebelum mengakhiri sesi demostrasi berkenaan.

Ikuti video demostrasi pembelian tiket di kiosk Stubapp di sini:

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN