Kingsley Coman Wira Bayern Munich Julang UCL 2019/20

Bayern Munich

Bayern Munich melengkapkan saingan 2019/20 dengan penuh gemilang apabila berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) setelah menundukkan Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 pada aksi final yang berlangsung di Estadio da Luz, sebentar tadi.

Lebih menarik, kejuaraan keenam dalam kempem UCL buat Bayern Munich itu menjelma hasil jaringan tunggal yang dihasilkan pemain kelahiran Paris, Kingsley Coman menerusi tandukan pada separuh masa kedua.

Aksi yang lebih didominasi Bayern Munich sejak dari awal permainan itu bagaimanapun menyaksikan PSG turut memperoleh beberapa peluang bagi mengancam kubu Bayern Munich dan terlebih dahulu memiliki peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan.

Berpunca daripada umpanan menarik dilakukan Kylian Mbappe ke dalam kawasan penalti Bayern Munich, Neymar yang hanya berhadapan dengan Manuel Neuer gagal untuk menewaskan penjaga gol berpengalaman itu pada minit ke-18.

Aksi kemudiannya bertambah menarik apabila skuad bimbingan Hansi Flick itu hampir membuka tirai jaringan berselang empat minit kemudian menerusi peledak berbisa, Robert Lewandowski.

Lewandowski yang menerima hantaran Alphonso Davies dari sebelah kanan pintu gol PSG, melakukan ‘turning’ pantas lalu melepaskan rembatan tetapi percubaan tersebut sekadar terkena tiang gol walaupun Keylor Navas sudah pun tertewas.

Seminit kemudian, Angel Di Maria mensia-siakan peluang terhidang setelah hantaran cantik dilakukan Ander Hererra dalam kawasan penalti gagal disempurnakan berikutan rembatan meliar dilepaskannya.

Lewandowski sekali lagi kecewa apabila tandukannya selepas menerima umpanan Thomas Mueller pada minit ke-31 dinafikan ketangkasan Navas.

Kesilapan hantaran pemain pertahanan, David Alaba pada lewat aksi separuh masa pertama hampir menghampakan wakil Jerman itu, bagaimana percubaan Mbappe pula lemah dan mudah ditangkap kemas Neuer bagi menyelamatkan keadaan.

Jaringan yang dinantikan kelab gergasi Bundesliga itu akhirnya menjelma pada minit ke-59 apabila Kingsley Coman muncul wira mereka setelah berjaya menanduk masuk bola dengan mudah hasil umpanan cantik daripada Joshua Kimmich.

Tersentak dengan jaringan bekas pemain akademi PSG itu, anak buah Thomas Tuchel cuba bangkit untuk kembali menyamakan kedudukan. Tetapi, Manuel Neuer jelas berada di kelas yang tersendiri untuk menggagalkan usaha tersebut.

Neuer dengan tenang menafikan dua peluang keemasan dimiliki Mbappe dan Marquinhos dari jarak dekat untuk terus mengekalkan kelebihan satu gol itu pada minit ke-67 dan 70.

Segala usaha selepas itu PSG masih tidak mampu untuk menghadirkan jaringan sekaligus memberikan kejuaraan ‘treble’ buat Bayern Munich yang sebelum ini sudah menjuarai saingan Bundesliga dan DFB Pokal.

Kali terakhir Bayern Munich menjuarai saingan UCL ialah pada musim 2012/13 setelah berjaya menundukkan Borussia Dortmund 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Wembley.

Kredit featured image: Miguel A. Lopes/Pool via Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN