‘King Gobal’ Diumumkan Sebagai Jurulatih Baharu PKNS FC

‘Ibarat sirih pulang ke gagang’. Itulah perumpamaan yang boleh dibuat dengan perlantikan bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal sebagai jurulatih baharu pasukan PKNS FC bagi mengharungi saingan liga super musim depan.

Jurulatih yang digelar sebagai ‘King Gobal’ itu pernah dibawa masuk ke PKNS sebagai anggota dan juga pemain pada tahun 1978 sebagai gandingan kepada Allahyarham Mokhtar Dahari. Beliau telah mencipta pelbagai kejayaan bersama pasukan itu dalam saingan domestik.

Datuk Rajagobal mengembangkan karier melalui kejurulatihan bersama pasukan PKNS FC di dalam liga Liga Selangor dan seterusnya menjadi jurulatih pasukan negeri, iaitu Selangor dan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia.

“Saya telah berkhidmat sebagai anggota dan pemain PKNS FC selama 22 tahun.

“Ianya merupakan satu penghargaan besar untuk saya kembali ke padang Kelana Jaya setelah ditawarkan menjadi jurulatih pasukan,” kata Datuk Rajagobal.

Pada tahun 2001, beliau dilantik sebagai jurulatih peringkat umur di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tugasan terakhir adalah sebagai jurulatih skuad senior sebelum bersara pada tahun 2013 menjadikan beliau sebagai jurulatih yang paling lama berkhidmat untuk FAM.

Pencapaian terbaik King Gobal ialah membawa skuad bawah 23 tahun negara memenangi pingat emas sukan SEA buat kali pertama selepas 20 tahun apabila skuad negara menewaskan Vietnam di perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA Laos pada tahun 2009.

Pada tahun 2010 pula, beliau mencipta satu lagi sejarah dengan membawa skuad Harimau Malaya menjuarai Piala AFF  buat kali pertama sejak ia diperkenalkan pada taun 1996.

Kejayaan inilah yang membuatkan beliau dipanggil oleh penyokong bola sepak tanah air sebagai ‘King Gobal’.

Kami di SemuanyaBOLA mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah di atas perlantikan beliau sebagai jurulatih baharu pasukan PKNS FC.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN