Kilbane: ‘Itu Bukan Penalti’

Kevin Kilbane ternyata tidak berpuas hati dengan penalti yang diberikan kepada Sadio Mane. Ini selepas pemain Senegal itu dikasari oleh Marc Albrighton, pada masa kecederaan.

Liverpool hampir keciciran mata buat pertama kali musim ini. Ini selepas James Maddison menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-80.

Liverpool terlebih dahulu, mendahului pada minit ke-40 menerusi Sadio Mane.

Namun begitu, Liverpool diberikan penalti pada masa kecederaan. Dan ianya turut disahkan oleh VAR. James Milner menyempurnakan penalti tersebut dan Liverpool menang 2-1.

Walaupun merasakan Mane melakukan simulasi, Kevin Kilbane tetap berpendapat bahawa memang ada sentuhan ke atas Mane.

Bercakap kepada BBC dalam slot Final Score, Kilbane berkata: “Saya tak rasa itu adalah penalti. namun memang ada sentuhan ke atas Mane.”

“Tetapi, Mane menjatuhkan diri dan ‘dives’. Mereka [VAR] pastinya tak akan menarik balik keputusan itu, kerana tidak pasti dan tak jelas akan kesalahan itu, kerana memang ada sentuhan yang menyebabkan perkara itu berlaku.”

“Namun, saya rasa, Mane sengaja menjatuhkan diri dan melakukan simulasi untuk mendapatkan penalti. Saya yakin [dengan pandangan saya].”

Liverpool kini sudah menang 17 perlawanan berturut-turut dalam EPL. Mereka juga menang 8 daripada 8 perlawanan setakat ini.

Selepas rehat minggu antarabangsa, Liverpool akan berkunjung ke Old Trafford berhadapan dengan pasukan Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN