Kieran Gibbs & Grzegorz Krychowiak Sertai West Bromwich Albion

West Bromwich Albion

West Bromwich Albion (WBA) semakin serius bagi memantapkan pasukan apabila skuad bimbingan Tony Pulis itu berjaya melengkapkan 2 perpindahan pemain dalam masa 24 jam apabila membawa masuk pemain pertahanan kiri Arsenal, Kieran Gibbs dan juga Grzegorz Krychowiak dari PSG.

WBA yang kini berada di tangga ke-5 carta Liga Perdana Inggeris mengikat Gibbs dengan kontrak selama 4 tahun manakala pemain PSG yang berasal dari Poland itu direkrut sebagai pemain pinjaman sehingga tamat liga musim ini.

Masa depan Gibbs yang sudah beraksi lebih dari 200 perlawanan bersama Arsenal semakin malap apabila beliau bukanlah pilihan utama Arsene Wenger untuk diturunkan, tambahan pula Arsenal mendapatkan khidmat Saed Kolasinac di posisi pertahanan kiri dan juga khidmat Nacho Monreal lebih digemari pengendali dari Perancis itu.

West Bromwich Albion
Grzegorz Krychowiak

Pemain yang memperolehi 10 kaps bersama pasukan kebangsaan England ini juga telah diketepikan dari 3 perlawanan awal Arsenal dalam saingan liga. Ini juga telah mendorong kepada pemergiannya ke The Hawthorns.

Berita kehadiran pemain tengah PSG, Grzegorz Krychowiak pula terus memberikan kegembiraan berganda buat penyokong West Bromwich Albion berkenaan 2 berita perpindahan ini.

Krychowiak yang berusia 27 tahun mempunyai reputasi yang hebat dan juga merupakan pemain pasukan kebangsaan Poland. Beliau turut beraksi pada Kejohanan UEFA EURO 2016 di Perancis.

”Saya mempunyai beberapa pilihan di Sepanyol dan Itali, namun saya merasakan kelab ini (WBA) bercita-cita tinggi dan itu merupakan suasana yang baik disana.” ujar pemain tersebut berkenaan termeterainya perpindahan ini.

Pengerusi West Brom, John Williams menyifatkan perpindahan ini merupakan sebagai satu perkara hebat buat kelab itu.

“Ini adalah perjanjian pinjaman yang hebat untuk Albion dan kami sangat gembira kerana telah menyelesaikan perpindahan itu,” katanya.

“Grzegorz tiba dengan reputasi hebat yang dimiliki dan CV beliau dalam bola sepak Eropah jelas menunjukkan kualiti yang ada padanya.”

Sumber : Sky News Sport (2017) – http://www.skynewssport.com.au/football-news-display/left-back-kieran-gibbs-leaves-arsenal/13811

Sports Illustrated (2017) – https://www.si.com/soccer/2017/08/30/west-brom-announce-signing-grzegorz-krychowiak-psg-loan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN