Khidmat ‘Drogba Ganu’ Belum Tentu Dikekalkan Walaupun Tamatkan Kemarau Jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Kipre Tchetche

Kebangkitan penyerang sensasi Terengganu FC, Kipre Tchetche  atau digelar sebagai ‘Drogba Ganu’ apabila menjaringkan dua gol ke atas Felda United kelmarin telah menyakinkan semula para penyokong skuad penyu.

Malah, jaringan itu turut menamatkan episod kekalahan dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super. Namun begitu, ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim belum pasti akan mengekalkan khidmatnya pada jendela perpindahan kedua yang akan datang.

Menurut harian metro, beliau sebenarnya sudah ada bayangan pemain baharu untuk mengambil alih tempat pemain tersebut.

“Kedudukan pemain itu (Tchetche) sama ada akan kekal dalam skuad TFC selepas jendela kedua perpindahan pemain belum muktamad lagi, namun begitu saya sudah bersedia dengan pemain lain.

“Tapi saya tidak mahu membuat tindakan terburu-buru kerana masih ada masa lagi kira-kira tiga minggu untuk memutuskan perkara itu sama ada Tchetche akan terus kekal menyarung jersi TFC atau diganti dengan pemain lain bergantung kepada prestasi pemain itu.

“Bagaimanapun ketika bertemu FELDA United Tchetche bukan hanya mampu menjaringkan gol, tapi corak permainannya lain macam sikit dan semakin meningkat,” katanya.

Tchetche Kipre, Terengganu
Kipre Tchetche meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO: MFL

Irfan turut memuji persembahan anak buahnya ketika menentang FELDA United dan menyifatkan mereka sudah kembali menemui rentak kemenangan.

“Apa yang penting malam ini (kelmarin) kita berjaya mengutip tiga mata selepas gagal melakukannya pada tiga perlawanan terakhir liga sebelum ini ketika bertemu Selangor, PKNP dan Kedah.

“Lebih gembira, persembahan Tchetche kian menjadi, dia berjaya menjaringkan dua gol selepas kekeringan jaringan pada sembilan perlawanan terdahulu dalam saingan liga.

“Saya percaya corak yang dipamerkan Tchetche yang kembali menyengat berjaya memberi motivasi kepada pemain lain dan juga dirinya untuk beraksi cemerlang terutama pada babak kedua selepas sedikit longgar pada separuh masa pertama,” katanya.

Beliau juga masih tidak berpuas hati dengan prestasi pemain import dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov kerana gagal berfungsi dengan baik.

“Sanjar sepatutnya mampu menambah gol selepas memperoleh peluang terbaik, tapi dia gagal memanfaatkannya, manakala pemain sayap ‘mati’ sebelum kembali menemui rentak pada babak kedua,” katanya