Khedira Sumbangkan 1,200 Tiket Untuk Kanak-Kanak Kurang Upaya Dan Sakit

Sami Khedira ternyata pemain yang sangat murah hati. Beliau telah membiayai 1,200 tiket untuk kanak-kanak kurang upaya bagi memenuhi hasrat mereka yang mahu melihat hero bola sepak negara mereka beraksi di atas padang.

Khedira membeli tiket itu untuk perlawanan Jerman menentang Norway yang dilangsungkan di bandar beliau membesar dan memulakan karier.

Semua tiket tersebut diagih-agihkan kepada 5 badan kebajikan kanak-kanak yang kurang upaya dan juga yang sedang bertarung dengan barah.

Khedira memang mencari masa yang sesuai untuk membawa 1,200 kanak-kanak tersebut menyaksikan perlawanan bola sepak. Beliau akhirnya melihat jadual Jerman dan Norway sebagai tarikh terbaik.

Apa yang dilakukan Khediri ini adalah tanda sokongan kepada kanak-kanak yang sakit tersebut untuk tidak malu hadir ke stadium menyaksikan bola sepak. Mereka juga berhak merasai suasana di stadium seperti kanak-kanak yang lain.

Selepas tamat perlawanan Khedira meluangkan masa dengan kanak-kanak tersebut untuk sesi beramah mesra dan autograf. Ternyata usaha murni Khedira ini mendapat perhatian ramai pihak yang memuji beliau.

Sebagai tambahan, Jerman menang 6-0 ke atas Norway di dalam perlawanan tersebut. Jaringan pasukan Jerman adalah daripada :

Ozil (9′), Draxler (17′), Werner (21′ & 40′), Goretzka (50′), dan Mario Gomez (79′). Jerman hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan tempat automatik di Russia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram