Khalid Ali Mahu Razman Roslan Berhenti Berpolitik, Fokus Aksi Atas Padang

Bekas penyerang negara iaitu Khalid Ali mengingatkan kapten Selangor iaitu Razman Roslan untuk terus fokus aksi beliau diatas padang berbanding bermain isu politik demi kepentingan pihak tertentu.

Dalam kenyataan media beliau yang disiarkan di laman peminat Selangor FC, Khalid mahukan Razman berhenti menjadi alat mainan politik sesetengah pihak.

Hal ini berlaku selepas di laman Instagram bekas pengurus Selangor iaitu Amirudin Shari, Razman telah berbalas komen mengenai tuntutan bonus tertunggak.

Ketika itu, Razman memberikan komen di kemas kini Amirudin mengenai kerjasama kerajaan negeri Selangor dengan kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan isu bumbung Stadium Shah Alam yang rosak tempoh hari.

Lalu, muncullah Razman memohon agar tunggakan bonus diselesaikan oleh pihak pengurusan FA Selangor yang terdahulu.

Gambar: Laman Instagram Amirudin Shari

Khalid dalam kenyataan medianya itu mahukan Razman untuk memahami isu yang dihadapi terlebih dahulu.

Suka saya menasihatkan Razman agar memahami isu dahulu sebelum membuka gelanggang bertarung.”

Kami tidak mahu melihat lilitan ketua pasukan di lengan kiri anda digunakan untuk memuaskan kehendak politik sesetengah pihak.”

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Beliau juga mempersoal tindakan Razman yang tidak menggunakan saluran undang-undang dalam menyelesaikan hal ini.

Jika kerajaan negeri bertanggungjawab untuk membayar bonus kenapa pemain tidak menuntutnya melalui mahkamah?”

Adakah Razman Roslan tidak memahami kandungan politik dan menjadi alat permainan politik?”

Bagi Khalid, kewajiban untuk membayar tunggakan bonus kini adalah tanggungjawab pengurusan terkini kerana pengurusan terdahulu kini tidak lagi menjawat jawatan di Selangor FA.

Menjadi satu kewajiban segala gaji dan bonus pemain dibayar oleh majikan, dimana Dato’ Seri Azmin Ali dan YB Amirudin Shari bukan lagi majikan The Red Giants malah telah menarik semula tajaan Kerajaan Negeri.”

Dalam masa yang sama, Khalid mahukan Razman teruskan fokus permainan di atas padang dan membawa Selangor menjadi pasukan terulung di Malaysia.

Beliau jelas tidak mahu melihat Selangor hanya berada lebih tinggi daripada PKNS FC sahaja, beliau mahukan Selangor menjadi pasukan teratas di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN